My bookmarksSign up free
← Interest Schemes Act 2016

Interest Schemes Act 2016 s 51

Interest Schemes Act 2016 s 51

s 51 Accounting records and audit

(1) A management company and every director and manager of the management company shall— (a) cause to be kept such accounting and other records as will sufficiently explain the transactions and financial position of the scheme and enable a true and fair profit and loss accounts and balance sheets and any documents required to be attached to the records to be prepared; and (b) cause the records in paragraph (a) to be kept in such manner as to enable the records to be conveniently and properly audited. (2) A management company and every director and manager of the management company shall cause appropriate entries to be made in the accounting and other records within sixty days of the completion of the transactions to which the entries relate. (3) Notwithstanding subsection (1), the accounting and other records of operations outside Malaysia may be kept by the management company at a place outside Malaysia and provided that such accounting and other records shall be sent to and kept at a place in Malaysia and be at all times open to inspection by the directors, such statements and returns with respect to the business dealt with in the records so kept as will enable true and fair financial statements and any documents required to be attached to the financial statement to be prepared. (4) If any accounting and other records are kept at a place outside Malaysia under subsection (1) or (2), the Registrar may require the management company to produce those records at a place in Malaysia or determine the type and manner of the records to be kept in Malaysia. (5) The management company and every officer who contravene this section commit an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Rekod perakaunan dan audit

(1) Suatu syarikat pengurusan dan tiap-tiap pengarah dan pengurus syarikat pengurusan hendaklah— (a) menyebabkan disimpan apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan skim ini dengan secukupnya dan membolehkan akaun untung rugi dan kunci kira-kira dan apa-apa dokumen yang benar dan patut yang dikehendaki dilampirkan pada rekod itu yang disediakan; dan (b) menyebabkan rekod dalam perenggan (a) itu disimpan dalam apa-apa cara yang membolehkan rekod itu diaudit secara mudah dan wajar. (2) Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pengarah dan pengurus syarikat pengurusan hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dalam masa enam puluh hari dari selesainya transaksi yang berhubung dengan catatan itu. (3) Walau apa pun subseksyen (1), rekod perakaunan dan rekod operasi lain di luar Malaysia boleh disimpan oleh syarikat pengurusan itu di suatu tempat di luar Malaysia dan dengan syarat bahawa rekod perakaunan dan rekod lain itu hendaklah dihantar kepada dan disimpan di suatu tempat di Malaysia dan pada setiap masa hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh pengarah, apa-apa pernyataan dan pulangan mengenainya berkenaan dengan perniagaan yang diuruskan dalam rekod yang disimpan untuk membolehkan penyata kewangan yang benar dan patut dan apa-apa dokumen yang dikehendaki dilampirkan pada penyata kewangan yang disediakan. (4) Jika apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain disimpan di suatu tempat di luar Malaysia di bawah subseksyen (1) atau (2), Pendaftar boleh menghendaki syarikat pengurusan untuk mengemukakan rekod itu di suatu tempat di Malaysia atau menentukan jenis dan cara rekod itu perlu disimpan di Malaysia. (5) Syarikat pengurusan dan tiap-tiap pegawai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 778 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next