(1) Notice of a meeting of interest holders shall be in writing and shall be given to the interest holders either—
(a) in hard copy;
(b) in electronic form;
(c) partly in hard copy and partly in electronic form; or
(d) by means of a website.
(2) Unless otherwise provided in a trust deed or contractual agreement, a notice—
(a) given in hard copy shall be sent to any interest holder either personally or by post to the address supplied by the interest holder to the management company for such purpose; or
(b) given in electronic form shall be transmitted to the electronic address provided by the interest holder to the management company for such purpose or by publishing on a website.
Malay text (authoritative)
Cara notis diberikan
(1) Notis mesyuarat pemegang kepentingan hendaklah secara bertulis dan diberikan kepada pemegang kepentingan sama ada—
(a) dalam salinan cetak;
(b) dalam bentuk elektronik;
(c) sebahagiannya dalam salinan cetak dan sebahagiannya dalam bentuk elektronik; atau
(d) melalui laman sesawang.
(2) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam surat ikatan amanah atau perjanjian kontraktual, suatu notis—
(a) yang diberikan dalam salinan cetak hendaklah dihantar kepada mana-mana pemegang kepentingan sama ada secara peribadi atau melalui pos ke alamat yang dibekalkan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu; atau
(b) yang diberikan dalam bentuk elektronik hendaklah dihantar ke alamat yang diberikan oleh pemegang kepentingan itu kepada syarikat pengurusan bagi maksud itu atau dengan menyiarkannya di laman sesawang.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).