s 70 Injunction
(1) Where a person has engaged, is engaging or intends to engage in a conduct that constituted, constitutes or would constitute—
(a) a contravention of this Act;
(b) an attempt to contravene this Act;
(c) an attempt that aids, abets, advises or procures a person to contravene this Act;
(d) an attempt to induce, whether by threats, promises or otherwise, a person to contravene this Act;
(e) an attempt by which any person would be in any way, directly or indirectly, knowingly concerned in, or party to, the contravention by a person of this Act; or
(f) an attempt of conspiracy with others to contravene this Act,
the Court may, on the application of the Registrar, or of a person whose interests have been, are or would be affected by the conduct, grant an injunction, on such terms as the Court thinks appropriate,
restraining the first-mentioned person from engaging in the conduct and, if in the opinion of the Court it is desirable to do so, requiring that person to do any act or thing.
(2) If a person refused or failed, is refusing or failing to do an act or thing that the person is required by this Act to do, the Court may, on the application of the Registrar or any person whose interests have been, are or would be affected by the refusal or failure to do that act or thing, grant an injunction, on such terms as the Court thinks appropriate, requiring the person who refuses or fails, is refusing or failing, or is intending to refuse or fail to do that act or thing.
(3) The power of the Court to grant an injunction to restrain a person from engaging in such conduct may be exercised whether or not—
(a) it appears to the Court that the person intends to engage again or to continue to engage, in conduct of that kind;
(b) the person has previously engaged in conduct of that kind; or
(c) there is an imminent danger of substantial damage to any person if such person engages in a conduct of that kind.
(4) The power of the Court to grant an injunction requiring a person to do an act or thing may be exercised whether or not—
(a) it appears to the Court that the person intends to refuse or fail again, or to continue to refuse or fail, to do that act or thing;
(b) the person has previously refused or failed to do that act or thing; or
(c) there is an imminent danger of substantial damage to any person if such person refuses or fails to do that act or thing.
(5) Where the Registrar applies to the Court for the grant of an injunction under this section, the Court shall not require the applicant or any other person to give an undertaking as to damages as a condition for the granting of an interim injunction.
(6) Where an application for an injunction under subsection (1) or (2) has been made, the Court may grant an injunction by consent of all parties to the proceedings, if the Court determines it to be appropriate, whether or not the Court is satisfied that that subsection applies.
(7) The Court may grant an interim injunction, pending determination of an application under subsection (1) if in the opinion of the Court it is desirable to do so.
(8) The Court may revoke or vary an injunction granted under subsection (1), (2) or (7).
(9) In granting an injunction to restrain a person from engaging in a particular conduct, or to require a person to do a particular act or thing, the Court may order that person to pay damages to any other person, either in addition to or in substitution of the grant of the injunction.
Malay text (authoritative)
Injunksi
(1) Jika seseorang telah melakukan, sedang melakukan atau berniat untuk melakukan pelakuan yang telah menjadi, sedang menjadi atau akan menjadi—
(a) suatu pelanggaran Akta ini;
(b) suatu cubaan untuk melanggar Akta ini;
(c) suatu cubaan untuk membantu, bersubahat, menasihati atau mengusahakan seseorang untuk melanggar Akta ini;
(d) suatu cubaan untuk mendorong, sama ada melalui ugutan, janji atau selainnya, seseorang untuk melanggar Akta ini;
(e) suatu cubaan yang melaluinya mana-mana orang adalah dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, dengan diketahuinya mempunyai kaitan dalam, atau menjadi pihak kepada, pelanggaran Akta ini oleh seseorang; atau
(f) suatu cubaan untuk berkomplot dengan yang lain untuk melanggar Akta ini,
Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar, atau seseorang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh pelakuan itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menahan orang yang mula-mula disebut daripada melakukan pelakuan itu dan, jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian, menghendaki orang itu melakukan apa-apa perbuatan atau benda.
(2) Jika seseorang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal melakukan suatu perbuatan atau benda yang orang itu dikehendaki melakukannya oleh Akta ini, Mahkamah boleh, atas permohonan Pendaftar atau mana-mana orang yang kepentingannya telah terjejas, sedang terjejas atau akan terjejas oleh keengganan atau kegagalan untuk melakukan perbuatan atau benda itu, memberikan suatu injunksi, mengikut apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, yang menghendaki orang yang enggan atau gagal, masih enggan atau gagal, atau berniat untuk enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.
(3) Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan boleh dijalankan sama ada atau tidak—
(a) ternyata kepada Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk melakukan lagi atau terus melakukan, pelakuan jenis itu;
(b) orang itu dahulunya melakukan pelakuan jenis itu; atau
(c) terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu melakukan pelakuan jenis itu.
(4) Kuasa Mahkamah untuk memberikan suatu injunksi yang menghendaki seseorang melakukan suatu perbuatan atau benda boleh dijalankan sama ada atau tidak—
(a) didapati oleh Mahkamah bahawa orang itu berniat untuk enggan atau gagal lagi, atau terus enggan atau gagal, untuk melakukan perbuatan atau benda itu;
(b) orang itu dahulunya enggan atau gagal untuk melakukan perbuatan atau benda itu; atau
(c) terdapat bahaya kerosakan substansial yang ketara kepada mana-mana orang jika orang itu enggan atau gagal melakukan perbuatan atau benda itu.
(5) Jika Pendaftar memohon kepada Mahkamah bagi pemberian suatu injunksi di bawah seksyen ini, Mahkamah tidak boleh menghendaki pemohon itu atau mana-mana orang lain untuk memberikan suatu aku janji tentang kerugian sebagai syarat pemberian injunksi interim.
(6) Jika suatu permohonan bagi injunksi di bawah subseksyen (1) atau (2) telah dibuat, Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi dengan persetujuan semua pihak kepada prosiding, jika Mahkamah
menentukannya sesuai, sama ada Mahkamah berpuas hati bahawa subseksyen itu terpakai atau tidak.
(7) Mahkamah boleh memberikan suatu injunksi interim, sementara menanti penentuan suatu permohonan di bawah subseksyen (1) jika pada pendapat Mahkamah adalah wajar untuk berbuat demikian.
(8) Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah injunksi yang diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (7).
(9) Dalam memberikan suatu injunksi untuk menahan seseorang daripada melakukan pelakuan tertentu, atau untuk menghendaki seseorang melakukan perbuatan atau benda tertentu, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu membayar ganti rugi kepada mana-mana orang lain, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi pemberian injunksi.
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).