My bookmarksSign up free
← Forest Research Institute Malaysia Act 2016

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 24

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 24

s 24 Expenditure to be charged on the Fund

The Fund shall be expended for the purpose of— (a) paying any expenditure lawfully incurred by the Institute, including— (i) the allowances and other expenses of the members of the Institute or any of its committees; (ii) the remuneration of the officers and servants of the Institute, including the granting of loans, scholarships and advances, retirement benefits, gratuities and allowances; (iii) insurance coverage for the officers and servants of the Institute; (iv) costs incurred in providing for the welfare of the officers and servants of the Institute; and (v) paying any other expenses, costs and expenditure in relation to the procurement of goods and services, including the engagement of consultants, legal fees and costs, and other fees and costs; (b) financing research and development activities; (c) providing funds to any body or organization which the Institute thinks expedient to commission research and development activities, development projects or publicity activities; (d) contributing to any body or organization within or outside Malaysia which promotes research and development in forest development and forest-based industries; (e) financing such scholarships for higher learning, research assistantship, scientist grants, fellowships, medals, prizes and other forms of distinctions, awards or assistance for serving as well as prospective officers and servants of the Institute; (f) paying any other expenses, costs or expenditure properly incurred or accepted by the Institute in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act; (g) meeting the expenses incurred by the Institute in setting up branches or research centres of the Institute; (h) purchasing or hiring equipment, machinery and any other materials, acquiring land and erecting buildings, and carrying out any other works or undertakings in the performance of its functions or the exercise of its powers under this Act; (i) granting loans or providing capital for companies established under section 30; (j) repaying any moneys borrowed under section 33 and the interest due on such moneys; and (k) generally, paying any expenses for carrying into effect the provisions of this Act.

Malay text (authoritative)

Perbelanjaan hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud— (a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Institut, termasuk— (i) elaun dan belanja lain anggota Institut atau mana-mana jawatankuasanya; (ii) saraan pegawai dan pekhidmat Institut, termasuk pemberian pinjaman, biasiswa dan pendahuluan, faedah persaraan, ganjaran dan elaun; (iii) perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat Institut; (iv) kos yang ditanggung dalam memberikan bantuan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Institut; dan (v) membayar apa-apa belanja, kos dan perbelanjaan lain berhubung dengan pemerolehan barang dan perkhidmatan, termasuk pengambilan perunding, fi dan kos guaman, dan fi dan kos lain; (b) membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan; (c) memberikan wang kepada mana-mana badan atau organisasi yang difikirkan suai manfaat oleh Institut untuk menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, projek pembangunan atau aktiviti publisiti; (d) menyumbang kepada mana-mana badan atau organisasi di dalam atau di luar Malaysia yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan dalam pembangunan hutan dan industri berasaskan hutan; (e) membiayai apa-apa biasiswa bagi pengajian tinggi, zamalah pembantu penyelidik, pemberian saintis, fellowship, pingat, hadiah dan bentuk kepujian lain, award atau bantuan bagi pegawai dan pekhidmat Institut yang sedang berkhidmat atau bakal berkhidmat; (f) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sewajarnya oleh Institut dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (g) memenuhi belanja yang ditanggung oleh Institut dalam penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Institut; (h) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja atau pengusahaan lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah Akta ini; (i) memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi syarikat yang ditubuhkan di bawah seksyen 30; (j) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 33 dan bunga yang kena dibayar atas wang itu; dan (k) secara amnya, membayar apa-apa belanja untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 782 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next