My bookmarksSign up free
← Forest Research Institute Malaysia Act 2016

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 4

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 4

s 4 Functions of the Institute

The functions of the Institute shall be— (a) to implement policies on research and development programmes to ensure the growth and sustainability of the forest and forest-based industries; (b) to conduct and promote research on the multiple roles and functions of forests, including watershed, biotechnology, biodiversity and its sustainable use, conservation, ecotourism, greening of areas, effects of pollutants and climate change, appropriate for a rational and holistic approach to the sustainable and environmentally sound forest development; (c) to promote, stimulate, facilitate, undertake and commercialize research findings in order to develop and utilize effectively such research findings in the interest of development of forest-based industries; (d) to conduct and promote research on forest development including the production, extraction, processing, storage, transportation and utilization of forest produce, and other fields appropriate to the continued development of the forestry sector and the conservation of the resource base; (e) to secure, where the public interest or the interest of forest development and forest-based industries so require, the development and advancement of research findings which appear to the Institute not to have been developed or explored or sufficiently developed or explored; (f) to control, co-ordinate and monitor the activities of any person undertaking research and development programmes and any other programmes, schemes, projects and activities financed wholly or mainly from the Fund; (g) to provide technical, advisory, consultancy and any other services in relation to forest and forest-based industries to any government, body or organization within or outside Malaysia; (h) to administer and manage the Fund; (i) to collect, collate and disseminate information relating to research findings, forest development, forest produce and its utilization by way of publishing or sponsoring the publication of periodicals, journals, books, booklets and any other means available; (j) to provide courses of study and training programmes in the field of forestry or any other related fields, and to take such other actions as may appear necessary or desirable for education; (k) to act as a testing body and a certification body for forest produce upon being accredited as a conformity assessment body under the Standards of Malaysia Act 1996 [Act 549] or being accredited by any other accreditation body outside Malaysia; (l) to liaise, co-ordinate and collaborate with the Federal Government, any State Government or any body or organization in research and development programmes in the interest of the forest and forest-based industries including being members of any body or organization within and outside Malaysia; and (m) to do such other things as the Institute thinks fit to enable it to perform its functions effectively or which are incidental to the performance of its functions.

Malay text (authoritative)

Fungsi Institut

Fungsi Institut adalah— (a) untuk melaksanakan dasar mengenai program penyelidikan dan pembangunan bagi menjamin pertumbuhan dan kemampanan hutan dan industri berasaskan hutan; (b) untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan mengenai pelbagai peranan dan fungsi hutan, termasuk legeh, bioteknologi, kepelbagaian biologi dan penggunaannya secara mampan, pemuliharaan, ekopelancongan, penghijauan kawasan, kesan bahan pencemar dan perubahan iklim, sesuai dengan pendekatan yang rasional dan holistik bagi pembangunan hutan yang mampan dan mesra alam; (c) untuk menggalakkan, merangsang, memudahkan, mengusahakan dan mengkomersialkan dapatan penyelidikan bagi membangunkan dan menggunakan secara berkesan dapatan penyelidikan itu demi kepentingan pembangunan industri berasaskan hutan; (d) untuk menjalankan dan menggalakkan penyelidikan mengenai pembangunan hutan termasuk pengeluaran, pengekstrakan, pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan penggunaan hasil hutan, dan bidang lain yang sesuai dengan pembangunan berterusan sektor perhutanan dan pemuliharaan asas sumber; (e) untuk mendapatkan, apabila kepentingan awam atau kepentingan pembangunan hutan dan industri berasaskan hutan berkehendakkan sedemikian, pembangunan dan kemajuan dapatan penyelidikan yang didapati oleh Institut masih belum dibangunkan atau diteroka atau dibangunkan atau diteroka dengan cukup; (f) untuk mengawal, menyelaraskan dan memantau aktiviti mana-mana orang yang mengusahakan program penyelidikan dan pembangunan dan apa-apa program, skim, projek dan aktiviti lain yang dibiayai keseluruhan atau terutamanya daripada Kumpulan Wang; (g) untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, nasihat, pakar runding dan apa-apa perkhidmatan lain berhubung dengan hutan dan industri berasaskan hutan kepada mana-mana kerajaan, badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia; (h) untuk mentadbir dan mengurus Kumpulan Wang; (i) untuk memungut, mengumpul semak dan menyebarkan maklumat yang berhubungan dengan dapatan penyelidikan, pembangunan hutan, hasil hutan dan penggunaannya melalui penyiaran atau menaja penerbitan berkala, jurnal, buku, buku kecil dan apa-apa cara lain yang ada; (j) untuk menyediakan kursus pengajian dan program latihan dalam bidang perhutanan atau apa-apa bidang lain yang berkaitan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau wajar untuk pendidikan; (k) untuk bertindak sebagai suatu badan pengujian dan suatu badan pensijilan bagi hasil hutan apabila diakreditasikan sebagai badan penilaian pematuhan di bawah Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] atau diakreditasikan oleh mana-mana badan akreditasi lain di luar Malaysia; (l) untuk berhubung, menyelaraskan dan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, mana-mana Kerajaan Negeri dan apa-apa badan dan organisasi lain dalam program penyelidikan dan pembangunan demi kepentingan hutan dan industri berasaskan hutan termasuk menjadi anggota apa-apa badan atau organisasi di dalam dan di luar Malaysia; dan (m) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan patut oleh Institut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 782 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next