My bookmarksSign up free
← Forest Research Institute Malaysia Act 2016

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 56

Forest Research Institute Malaysia Act 2016 s 56

s 56 Reference in law or document to dissolved Board

A reference in any law or document in force before the commencement date to the dissolved Board shall be construed as a reference to the Institute. Schedule [Subsection 3(4)] Revocation of appointment and resignation 1. (1) The appointment of any member of the Institute may at any time be revoked by the Minister. (2) Subject to subparagraph (3), a member of the Institute may at any time resign his office by written notice addressed to the Minister. (3) The Minister may, upon receipt of the notice under subparagraph (2), accept or reject the resignation of the member of the Institute. Vacation of office 2. (1) The office of a member of the Institute shall be vacated if— (a) he dies; (b) there has been proved against him, or he has been convicted of, a charge in respect of— (i) an offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude; (ii) an offence under any law relating to corruption; or (iii) any other offence punishable with imprisonment (in itself only or in addition to or in lieu of a fine) for more than two years; (c) he becomes a bankrupt; (d) his conduct, whether in connection with his duties as a member of the Institute or otherwise, has been such as to bring discredit on the Institute; (e) he is of unsound mind or is otherwise incapable of discharging his duties; (f) he absents himself from three consecutive meetings of the Institute without leave of the Chairman or, in the case of the Chairman without leave of the Minister; (g) his resignation is accepted by the Minister; or (h) his appointment is revoked by the Minister. (2) Where the office of any member of the Institute is vacated by any reason referred to in subparagraph (1), the Minister may appoint another person to fill the vacancy. Meetings 3. (1) The Institute shall meet at least four times a year at such time and place as the Chairman may appoint. (2) At least fourteen days’ notice in writing shall be given to the members. (3) The Chairman shall preside at a meeting of the Institute. (4) The quorum of the Institute shall be six. (5) Every member present shall be entitled to one vote. (6) If on a question to be determined by the Institute there is an equality of votes, the Chairman shall have a casting vote. Allowance 4. The Chairman and all other members of the Institute shall be paid such as meeting allowances at such rates as the Minister may determine. Institute may invite others to meetings 5. (1) The Institute may invite any person to attend a meeting or deliberation of the Institute for the purpose of advising it on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting or deliberation. (2) A person invited under subparagraph (1) may be paid such allowances as the Institute may determine. Disclosure of interest 6. A member of the Institute having, directly or indirectly, by himself or his partner, any interest in any company or undertaking with which the Institute proposes to make any contract or having any interest in any such contract or in any matter under discussion by the Institute shall disclose to the Institute the fact of his interest and the nature thereof, and such disclosure shall be recorded in the minutes of the Institute and, unless specifically authorized thereto by the Chairman, such member shall take no part in any deliberation or decision of the Institute relating to the contract or matter. Validity of acts and proceedings 7. No act done or proceedings taken under this Act shall be questioned on the ground of— (a) a vacancy in the membership of, or a defect in the constitution of, the Institute; (b) the contravention of paragraph 6 by any member of the Institute; or (c) an omission, a defect or an irregularity not affecting the merit of the case. Common seal 8. (1) The Institute shall have a common seal which shall bear such device as the Institute shall approve and such seal may be broken, changed, altered or made anew as the Institute thinks fit. (2) The common seal shall be kept in the custody of the Director General or such other person as the Institute may authorize, and shall be authenticated by the Director General or such authorized person or by any officer authorized by either of them in writing, and all deeds, documents and other instruments purporting to be sealed with the said seal, authenticated as aforesaid, shall, until the contrary is proved, be deemed to have been validly executed: Provided that any document or instrument which if executed by a person not being a body corporate would not be required to be under seal may in like manner be executed by the Institute, and any such document or instrument may be executed on behalf of the Institute by any officer or servant of the Institute generally or specially authorized by the Institute on that behalf. (3) The common seal of the Institute shall be officially and judicially noticed. Minutes 9. (1) Minutes of meetings of the Institute shall be prepared by the Secretary to the Institute. (2) The Institute shall cause minutes of all its meetings to be maintained and kept in proper form. (3) Minutes made of meetings of the Institute shall, if duly signed, be admissible in evidence in all legal proceedings without further proof. (4) Every meeting of the Institute in respect of the proceedings of which minutes have been so made shall be deemed to have been duly convened and held and all members thereat to have been duly qualified to act. Procedure 10. Subject to this Act, the Institute shall determine its own procedure. Member of Institute to devote time to business of Institute 11. Every member of the Institute shall devote such time to the business of the Institute as may be necessary to discharge his duties effectively. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA

Malay text (authoritative)

Sebutan dalam undang-undang atau dokumen mengenai Lembaga yang dibubarkan

Sesuatu sebutan dalam mana-mana undang-undang atau dokumen yang berkuat kuasa sebelum tarikh permulaan kuat kuasa mengenai Lembaga yang dibubarkan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Institut. Jadual [Subseksyen 3(4)] Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan 1. (1) Pelantikan mana-mana anggota Institut boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri. (2) Tertakluk kepada subperenggan (3), anggota Institut boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis yang ditujukan kepada Menteri. (3) Menteri boleh, apabila menerima notis di bawah subperenggan (2), menerima atau menolak peletakan jawatan anggota Institut itu. Pengosongan jawatan 2. (1) Jawatan seseorang anggota Institut hendaklah menjadi kosong jika— (a) dia mati; (b) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan— (i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; (ii) suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau (iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun; (c) dia menjadi bankrap; (d) kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Institut atau selainnya, ialah kelakuan yang memburukkan nama baik Institut; (e) dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; (f) dia tidak menghadiri mesyuarat Institut tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau, dalam hal Pengerusi tanpa kebenaran Menteri; (g) peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau (h) pelantikannya dibatalkan oleh Menteri. (2) Jika jawatan mana-mana anggota Institut menjadi kosong oleh apa-apa sebab yang disebut dalam subperenggan (1), Menteri boleh melantik seorang lain untuk memenuhi kekosongan itu. Mesyuarat 3. (1) Institut hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi. (2) Sekurang-kurangnya notis bertulis empat belas hari hendaklah diberikan kepada anggota. (3) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Institut. (4) Kuorum Institut ialah enam orang. (5) Tiap-tiap anggota yang hadir berhak kepada satu undi. (6) Jika dalam persoalan yang hendak diputuskan oleh Institut terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus. Elaun 4. Pengerusi dan semua anggota lain Institut hendaklah dibayar apa-apa elaun mesyuarat dengan apa-apa kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri. Institut boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat 5. (1) Institut boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau penimbangtelitian Institut bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian itu. (2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Institut. Penzahiran kepentingan 6. Seseorang anggota Institut yang mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan yang dengannya Institut bercadang untuk membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Institut hendaklah menzahirkan kepada Institut hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu, dan penzahiran yang sedemikian hendaklah direkodkan dalam minit Institut dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus kepadanya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa penimbangtelitian atau keputusan Institut yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu. Kesahan tindakan dan prosiding 7. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan— (a) sesuatu kekosongan dalam keanggotaan atau sesuatu kecacatan dalam penubuhan Institut; (b) pelanggaran perenggan 6 oleh mana-mana anggota Institut; atau (c) sesuatu peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu. Meterai perbadanan 8. (1) Institut hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Institut dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Institut. (2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pengarah atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Institut, dan hendaklah disahkan oleh Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis, dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah, disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya: Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang sama oleh Institut, dan apa-apa dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Institut oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Institut bagi maksud itu. (3) Meterai perbadanan Institut hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman. Minit 9. (1) Minit mesyuarat Institut hendaklah disediakan oleh Setiausaha kepada Institut. (2) Institut hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya. (3) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Institut hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima dalam keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti lain. (4) Tiap-tiap mesyuarat Institut yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak. Tatacara 10. Tertakluk kepada Akta ini, Institut boleh menentukan tatacaranya sendiri. Anggota Institut hendaklah memberikan tumpuan kepada urusan Institut 11. Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Institut sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 782 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next