My bookmarksSign up free
← Scouts Association of Malaysia (Incorporation) Act 1968

Scouts Association of Malaysia (Incorporation) Act 1968 s 3

s 3 Incorporation of Scouts Association of Malaysia

(1) Any person who, immediately before the commencement of this Act, was a member of the Association and all Scouts who become members of the Corporation pursuant to this Act or any rules made under this Act shall be a body corporate by the name of “Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia” or in English, the “Scouts Association of Malaysia” with perpetual succession. (2) The Corporation may sue and be sued in its name and may do all other matters and things incidental or appertaining to a body corporate. (3) The Corporation may— (a) enter into contracts; (b) acquire, purchase, take, hold and enjoy movable and immovable property of every description; and (c) convey, transfer, assign, surrender and yield up, charge, mortgage, demise, reassign or otherwise dispose of, or deal with, any movable or immovable property vested in the Corporation, upon such terms as the Corporation thinks fit.

Malay text (authoritative)

Pemerbadanan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia

(1) Mana-mana orang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, menjadi ahli Persekutuan dan semua Pengakap yang selepas ini menjadi ahli Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia” atau dalam bahasa Inggeris, “Scouts Association of Malaysia” yang kekal turun-temurun. (2) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya dan boleh melakukan semua perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan. (3) Perbadanan boleh— (a) membuat kontrak; (b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan (c) memindahkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

Read this section in the full act →

Find Act 784 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next