s 7 Common seal
(1) The Corporation shall have a common seal and the seal may be broken, changed, altered and made anew as the Corporation thinks fit.
(2) All deeds, documents and other instruments requiring the seal of the Corporation shall be sealed with the seal of the Corporation pursuant to a resolution of the Council to the effect, in the presence of the persons discharging the duties of the National Chief Commissioner or an Assistant National Chief Commissioner and one other person authorized by the Council who shall sign every such deed, document or other instrument to which such seal is affixed.
(3) The signing shall be sufficient evidence that the seal was duly and properly affixed and that the seal is the lawful seal of the Corporation.
Malay text (authoritative)
Meterai perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(2) Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu, di hadapan orang yang menjalankan kewajipan Ketua Pesuruhjaya Negara atau Penolong Ketua Pesuruhjaya Negara dan seorang lain yang diberi kuasa oleh Majlis yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain itu yang padanya meterai itu dicapkan.
(3) Tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai Perbadanan yang sah di sisi undang-undang.
Read this section in the full act β
Find Act 784 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).