Self-Employment Social Security Act 2017 s 3
s 3 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires―
“self-employment activity” means any activity in relation to the industry specified in the First Schedule;
“child” means a child of the deceased self-employed insured person―
(a) who is under twenty-one years old and includes—
(i) a posthumous child, a dependent stepchild and an illegitimate child; and
(ii) an adopted child under any written law relating to adoption or under any custom or usage, on satisfactory proof of the adoption; and
(b) who is of any age and mentally retarded or physically incapacitated, and is incapable of supporting himself;
“self-employment injury” means personal injury to self-employed insured person caused by an accident or an occupational disease arising out of and in the course of his self-employment activity including while travelling for the purpose of his self-employment activity;
“contribution” means the sum of money payable to the Organization by the self-employed person in accordance with this Act;
“prescribed” means prescribed by regulations made under this Act;
“self-employment social security agent” means the agent appointed under section 12;
“benefit” means constant attendance allowance, dependants’ benefit, disablement benefit, education benefit, funeral benefit or medical benefit;
“permanent total disablement” means any disablement of a permanent nature, which disables a self-employed insured person to carry out any self-employment activity which he was capable of performing prior to or at the time of the self-employment injury;
“temporary disablement” means a condition resulting from a self-employment injury which requires medical treatment and renders a self-employed insured person, as a result of such injury, temporarily incapable of carrying out any self-employment activity which he was capable of performing prior to or at the time of the self-employment injury;
“permanent partial disablement” means any disablement of a permanent nature, which reduces the earning capacity of a self-employed insured person to carry out any self-employment activity which he was capable of performing prior to or at the time of the self-employment injury;
“Committee” means the Self-Employment Social Security Committee established under section 9;
“Appellate Medical Board” means the Appellate Medical Board constituted under the Employees’ Social Security (General) Regulations 1971 [P.U. (A) 99/1971] made under the Employees’ Social Security Act 1969 [Act 4];
“Director General” means the Director General of the Organization appointed under subsection 59(1) of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Fund” means the Self-Employment Social Security Fund established under section 45;
“Board” means the Social Security Organization Board established under section 59B of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Minister” means the Minister charged with responsibility for human resources;
“self-employed person” means any citizen or permanent resident of Malaysia who is carrying out a self-employment activity to gain earnings in the industry;
“self-employed insured person” means any self-employed person who has registered with the Organization and has paid contribution in accordance with this Act;
“dependant” means a widow or widower, a child, parents, siblings under twenty-one years old or grandparents of the deceased self-employed insured person;
“officers and servants” means officers and servants appointed under section 59L of the Employees’ Social Security Act 1969;
“Inspector” has the meaning assigned to it in the Employees’ Social Security Act 1969;
“medical assessor” means the medical assessor appointed under the regulations made under this Act;
“Organization” has the meaning assigned to it in the Employees’ Social Security Act 1969;
“industry” includes any business, trade, undertaking, service, manufacture or calling of self-employment as specified in the First Schedule;
“Scheme” means the Self-Employment Social Security Scheme established under section 4;
“coverage period” means any period up to twelve consecutive months with effect from the time and date the contribution paid by the self-employed insured person and ends at the time and date, as prescribed;
“Deputy Director General” means the Deputy Directors General of the Organization appointed under subsection 59(2) of the Employees’ Social Security Act 1969 including those appointed in accordance with subsection 5(3);
“Tribunal” means the Social Security Tribunal established under section 58.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“aktiviti pekerjaan sendiri” ertinya apa-apa aktiviti berhubung dengan perusahaan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“anak” ertinya anak bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati―
(a) yang berumur di bawah dua puluh satu tahun dan termasuklah―
(i) anak yang lahir selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf; dan
(ii) anak angkat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu; dan
(b) yang tidak kira apa-apa jua umurnya dan yang terencat mental atau tidak upaya secara fizikal, dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“bencana pekerjaan sendiri” ertinya kecedaraan diri pada orang berinsurans bekerja sendiri yang disebabkan oleh suatu kemalangan atau suatu penyakit pekerjaan berakibat daripada dan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan sendirinya termasuk semasa dalam perjalanan bagi maksud aktiviti pekerjaan sendirinya;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada Pertubuhan oleh orang bekerja sendiri mengikut Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri” ertinya ejen yang dilantik di bawah seksyen 12; “faedah” ertinya elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya, faedah pendidikan, faedah pengurusan mayat atau faedah perubatan;
“hilang upaya langsung kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang tidak membolehkan orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya sementara” ertinya suatu keadaan yang diakibatkan oleh bencana pekerjaan sendiri yang memerlukan rawatan perubatan dan menjadikan orang berinsurans bekerja sendiri, akibat daripada kecederaan itu, tidak berupaya buat sementara daripada menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“hilang upaya separa kekal” ertinya apa-apa hilang upaya jenis kekal, yang mengurangkan keupayaan mencari nafkah orang berinsurans bekerja sendiri untuk menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan sendiri yang dia berupaya melaksanakan sebelum atau pada masa bencana pekerjaan sendiri itu;
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 9;
“Jemaah Doktor Rayuan” ertinya Jemaah Doktor Rayuan yang ditubuhkan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerja (Am) 1971 [P.U. (A) 99/1971] yang dibuat di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“orang bekerja sendiri” ertinya mana-mana warganegara atau pemastautin tetap Malaysia yang menjalankan suatu aktiviti pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah dalam perusahaan;
“orang berinsurans bekerja sendiri” ertinya mana-mana orang bekerja sendiri yang telah berdaftar dengan Pertubuhan dan membayar caruman mengikut Akta ini;
“orang tanggungan” ertinya balu atau duda, anak, ibu bapa, adik-beradik yang berumur di bawah dua puluh satu tahun atau datuk nenek bagi orang berinsurans bekerja sendiri yang mati;
“pegawai dan pekhidmat” ertinya pegawai dan pekhidmat yang dilantik di bawah seksyen 59L Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“Pemeriksa” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“penilai perubatan” ertinya penilai perubatan yang dilantik di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;
“perusahaan” termasuklah apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkhidmatan, perkilangan atau apa-apa panggilan nama bagi pekerjaan sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Skim” ertinya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;
“tempoh pelindungan” ertinya apa-apa tempoh sehingga dua belas bulan berturut-turut yang berkuat kuasa mulai dari waktu dan tarikh caruman itu dibayar oleh orang berinsurans bekerja sendiri dan tamat pada waktu dan tarikh, sebagaimana yang ditetapkan;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuk mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);
“Tribunal” ertinya Tribunal Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 58.
Read this section in the full act → · Open Part I →
Find Act 789 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 October 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).