Courts (Modes of Commencement of Civil Actions) Act 2017 s 3
Courts (Modes of Commencement of Civil Actions) Act 2017 s 3
s 3 Treatment of pending civil actions
(1) Unless otherwise provided for in the applicable rules of Court, where under any written law—
(a) any civil action may be commenced in or made to the Court; and
(b) such an action is required to be commenced or made or was commenced or made otherwise than by way of originating summons or writ,
then, if any such action is pending before the Court before the appointed date the Court may, if the Court deems just and expedient, order that the action be deemed as having been commenced by way of originating summons or writ, as may be appropriate.
(2) Where pursuant to subsection (1), any pending civil action has been deemed as having been commenced by way of originating summons or writ—
(a) the action shall be continued in accordance with the provisions of the relevant written law and the applicable rules of Court; and
(b) the Court may give such directions as to the conduct of the action as the Court deems just and expedient in accordance with the applicable rules of Court.
Malay text (authoritative)
Penanganan tindakan sivil yang belum selesai
(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai, jika di bawah mana-mana undang-undang bertulis—
(a) apa-apa tindakan sivil boleh dimulakan atau dibuat kepada Mahkamah; dan
(b) tindakan tersebut dikehendaki untuk dimulakan atau dibuat atau telah dimulakan atau dibuat selain melalui suatu saman pemula atau writ,
maka, sekiranya mana-mana tindakan itu belum selesai di Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan Mahkamah boleh, jika difikirkan oleh Mahkamah adalah adil dan suai manfaat, memerintahkan bahawa tindakan itu disifatkan telah dimulakan melalui suatu saman pemula atau writ, mengikut mana-mana yang sesuai.
(2) Jika menurut subseksyen (1), mana-mana tindakan sivil yang belum selesai disifatkan telah dimulakan melalui suatu saman pemula atau writ—
(a) tindakan itu hendaklah diteruskan mengikut peruntukan undang-undang bertulis yang berkenaan dan kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai; dan
(b) Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pengendalian tindakan itu sebagaimana yang difikirkan oleh Mahkamah adalah adil dan suai manfaat mengikut kaedah-kaedah Mahkamah yang terpakai.
Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil)
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).