(1) Any senior officer of customs shall for the purposes of this Act at all times have full and free access to any place or premises where any person carries on the business relating to the operation of accommodation premises or the provision of service relating to online booking accommodation premises.
(2) Where any senior officer of customs exercises his powers under subsection (1), the person who operates the accommodation premises, provides service relating to online booking accommodation premises or any other person present at such place or premises at that time of entry shall provide to the senior officer of customs all reasonable facilities and assistance for the exercise of his duties under this section.
(3) Where any senior officer of customs enters upon any place or premises in accordance with this section, he may—
(a) require the operator, digital platform service provider or any other person to produce any book, data, document or other record or thing which relates to the operator or digital platform service provider’s business and any record which is required to be kept under section 17 or 20J;
(b) examine any book, data, document or other record or thing;
(c) seize and detain any book, data, document or other record or thing if in his opinion it may afford evidence of the commission of any offence under this Act;
(d) require the person to answer any question relating to any book, data, document or other record or thing; or
(e) make copies or extracts of any document, if he deems necessary.
(4) Any person who refuses to permit any senior officer of customs to enter upon any place or premises in accordance with this section commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Malay text (authoritative)
Akses kepada tempat, premis, dsb.
(1) Mana-mana pegawai kanan kastam hendaklah bagi maksud Akta ini pada setiap masa mempunyai akses penuh dan bebas kepada mana-mana tempat atau premis yang mana-mana orang menjalankan perniagaan yang berhubungan dengan pengendalian premis penginapan atau penyediaan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian.
(2) Jika mana-mana pegawai kanan kastam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), orang yang mengendalikan premis penginapan, memberikan perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian atau mana-mana orang lain yang berada di tempat atau premis itu pada masa kemasukan itu hendaklah memberikan segala kemudahan dan bantuan yang munasabah kepada pegawai kanan kastam itu bagi penjalanan kewajipannya di bawah seksyen ini.
(3) Jika mana-mana pegawai kanan kastam memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini, dia boleh—
(a) menghendaki pengendali, pemberi perkhidmatan platform digital atau mana-mana orang lain untuk mengemukakan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain yang berhubungan dengan perniagaan pengendali atau pemberi perkhidmatan platform digital itu dan apa-apa rekod yang dikehendaki untuk disimpan di bawah seksyen 17 atau 20J;
(b) memeriksa apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain;
(c) menyita dan menahan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain jika pada pendapatnya ia boleh
menjadi keterangan bagi pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;
(d) menghendaki orang itu untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan apa-apa buku, data, dokumen atau rekod atau benda lain; atau
(e) membuat salinan atau cabutan apa-apa dokumen, jika difikirkannya perlu.
(4) Mana-mana orang yang enggan untuk membenarkan mana-mana pegawai kanan kastam untuk memasuki mana-mana tempat atau premis mengikut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).