s 41 Penalty for collecting tourism tax by person not liable to collect tourism tax
(1) No person shall collect from any person any sum of money for the purpose of paying tourism tax charged and levied under this Act in respect of any accommodation provided by him or on his behalf or any accommodation made available through service relating to online booking accommodation premises unless he is liable under this Act to collect the tourism tax.
(2) Any person who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding thirty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Malay text (authoritative)
Penalti bagi pemungutan cukai pelancongan oleh orang yang tidak bertanggungan untuk memungut cukai pelancongan
(1) Tiada seorang pun boleh memungut daripada mana-mana orang apa-apa jumlah wang bagi maksud membayar cukai pelancongan yang dikenakan dan dilevikan di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa penginapan yang disediakan olehnya atau bagi pihaknya atau mana-mana penginapan yang disediakan melalui perkhidmatan yang berhubungan dengan tempahan premis penginapan dalam talian melainkan jika dia bertanggungan di bawah Akta ini untuk memungut cukai pelancongan itu.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Text as at 1 January 2024 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).