My bookmarksSign up free
← Sexual Offences against Children Act 2017

Sexual Offences against Children Act 2017 s 7

Sexual Offences against Children Act 2017 s 7

s 7 Using a child in making, producing, directing the making or production of, etc., child pornography

Any person who uses or causes to be used a child in the preparation to make or produce, or in the preparation to direct the making or production of, or in the making or production of, or in the directing of the making or production of, any child pornography commits an offence and shall, on conviction, be punished with imprisonment for a term not exceeding twenty years and shall also be punished with whipping of not less than five strokes. Explanation—This section does not apply where the preparation to make or produce or the preparation to direct the making or production of child pornography or where the making or production or the directing of the making or production of child pornography uses or causes to be used a person appearing to be a child. ILLUSTRATIONS (a) A entices Z, a child through a fake singing competition advertisement and uses Z in making child pornography. A is guilty of an offence under this section by using a child in the making of child pornography. A is also guilty of an offence under section 5 by making child pornography. (b) A offers his six-year-old daughter Z, to B for Z to act in child pornography for a certain amount of money. Z acts in child pornography that B produces. A is guilty of an offence under this section by causing Z, a child to be used in the production of child pornography. B is guilty of an offence under this section by using Z, a child, in the production of child pornography and under section 5 by producing child pornography.

Malay text (authoritative)

Menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan, penghasilan, pengarahan pembuatan atau penghasilan, dsb., pornografi kanak-kanak

Mana-mana orang yang menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang kanak-kanak dalam persediaan untuk membuat atau menghasilkan, atau dalam persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan, atau dalam pembuatan atau penghasilan, atau dalam pengarahan pembuatan atau penghasilan, apa-apa pornografi kanak-kanak melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada lima sebatan. Huraian—Seksyen ini tidak terpakai sekiranya persediaan untuk membuat atau menghasilkan atau persediaan untuk mengarahkan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak atau sekiranya pembuatan atau penghasilan atau pengarahan pembuatan atau penghasilan pornografi kanak-kanak menggunakan atau menyebabkan digunakan seseorang yang kelihatan seperti kanak-kanak. MISALAN (a) A mengumpan Z, seorang kanak-kanak melalui iklan pertandingan nyanyian palsu dan menggunakan Z dalam pembuatan pornografi kanak-kanak. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan kanak-kanak dalam pembuatan pornografi kanak-kanak. A juga bersalah atas kesalahan di bawah seksyen 5 dengan membuat pornografi kanak-kanak. (b) A menawarkan anak perempuannya Z yang berumur enam tahun, kepada B supaya Z berlakon dalam pornografi kanak-kanak bagi sejumlah wang tertentu. Z berlakon dalam pornografi kanak-kanak yang dihasilkan oleh B. A bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menyebabkan Z, seorang kanak-kanak digunakan dalam penghasilan pornografi kanak-kanak. B bersalah atas kesalahan di bawah seksyen ini dengan menggunakan Z, seorang kanak-kanak, dalam penghasilan pornografi kanak-kanak dan di bawah seksyen 5 dengan menghasilkan pornografi kanak-kanak.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 792 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next