My bookmarksSign up free
← Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967

Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967 s 17

Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967 s 17

s 17 Functions of Committee

(1) The Committee shall have and may exercise the following functions: (a) to hear and determine applications made under this Act; (b) to hear and determine disputes between landlords and tenants arising out of their tenancy agreement; (c) to conduct enquiries and to administer oaths and affirmations, to examine any witness on oath or affirmation, to summon any person before him, take and record evidence of any such person and to award costs to any person appearing and giving evidence before it; and (d) to make such decisions or orders as may be necessary to give effect to the determination of any application or dispute. (2) Except as provided in subsection (3), a decision or order of the Committee in an enquiry shall not be altered or added to except for the purpose of correcting verbal errors or remedying some accidental defect or omission not affecting a material part of the enquiry. (3) A decision or order of a Committee may be reviewed, varied or set aside by such Committee or a succeeding Committee in the following cases: (a) where the decision or order was made in consequence of fraud, misrepresentation or mistake; (b) where fresh evidence of a material nature, which could not by the exercise of reasonable diligence have been produced when the decision or order was made, is available; (c) where the decision or order was made in the absence of any necessary or proper party whose absence was not due to any default or neglect on his part; or (d) where, in the opinion of the Committee, substantial injustice has been occasioned by the decision or order. (4) All decisions or orders of the Committee shall be binding on all present and subsequent landlords, tenants and chargees of any padi land in respect of which they are made. (5) For the purpose of exercising the functions under this Act, the Committee or Chairman shall have all the powers of a First Class Magistrate, and may deal with any case of contempt or misbehaviour committed in the view or presence of the Committee or Chairman in accordance with the powers conferred upon such Magistrate. (6) Any decision or order of the Committee shall be treated as if it was a decision or order of such Magistrate.

Malay text (authoritative)

Fungsi Jawatankuasa

(1) Jawatankuasa hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan fungsi-fungsi yang berikut: (a) mendengar dan menentukan permohonan yang dibuat di bawah Akta ini; (b) mendengar dan menentukan pertikaian antara tuan tanah dengan penyewa yang timbul daripada perjanjian penyewaan mereka; (c) menjalankan siasatan dan untuk mengendalikan sumpah dan ikrar, untuk memeriksa mana-mana saksi atas sumpah atau ikrar, memanggil mana-mana orang di hadapannya, mengambil dan merekodkan keterangan mana-mana orang itu dan untuk mengawardkan kos kepada mana-mana orang yang hadir dan memberi keterangan di hadapannya; dan (d) membuat apa-apa keputusan atau perintah sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan penentuan mana-mana permohonan atau pertikaian. (2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3), keputusan atau perintah Jawatankuasa dalam sesuatu siasatan tidak boleh diubah atau ditambah kecuali bagi maksud membetulkan kesilapan perkataan atau memulihkan apa-apa kecacatan atau peninggalan tidak sengaja yang tidak menyentuh bahagian material siasatan itu. (3) Sesuatu keputusan atau perintah Jawatankuasa boleh dikaji semula, diubah atau diketepikan oleh Jawatankuasa itu atau Jawatankuasa yang menggantikannya dalam hal yang berikut: (a) jika keputusan atau perintah itu dibuat berbangkit daripada fraud, salah nyataan atau kekhilafan; (b) jika terdapat keterangan baharu yang bersifat material yang tidak dapat dikemukakan dengan melaksanakan usaha yang munasabah untuk mendapatkannya pada masa keputusan atau perintah itu dibuat; (c) jika keputusan atau perintah itu dibuat dalam ketiadaan mana-mana pihak yang perlu atau patut yang ketiadaannya tidak disebabkan oleh apa-apa keingkaran atau kecuaian pada pihaknya; atau (d) jika, pada pendapat Jawatankuasa, ketidakadilan substansial telah disebabkan oleh keputusan atau perintah itu. (4) Semua keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah mengikat semua tuan tanah, penyewa dan pemegang gadaian mana-mana tanah padi yang semasa dan kemudian yang berkenaan dengannya keputusan atau perintah itu dibuat. (5) Bagi maksud menjalankan fungsi di bawah Akta ini, Jawatankuasa atau Pengerusi hendaklah mempunyai semua kuasa Majistret Kelas Pertama, dan boleh menguruskan apa-apa kes penghinaan atau salah laku yang dilakukan dalam pandangan atau di hadapan Jawatankuasa itu atau Pengerusi mengikut kuasa yang diberikan kepada Majistret sedemikian. (6) Apa-apa keputusan atau perintah Jawatankuasa hendaklah dikira seolah-olah keputusan atau perintah itu adalah suatu keputusan atau perintah Majistret sedemikian.

Read this section in the full act β†’

Find Act 793 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next