My bookmarksSign up free
← Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967

Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967 s 33

Padi Cultivators (Control of Rent and Security of Tenure) Act 1967 s 33

s 33 Offences by landlord

(1) Any landlord who— (a) imposes or receives rent in respect of any padi land under a tenancy agreement exceeding the rate prescribed in the Second Schedule or such maximum rent reserved as may be prescribed by the State Authority under subsection 11(3); (b) imposes or receives cash payment for such rent as may be commuted in accordance with subsection 11(2) exceeding the price of padi ruling at the harvest; (c) receives or demands any rent from a tenant or applies for an order of possession of padi land, the tenancy agreement in respect of which has not been registered in accordance with this Act; (d) fails to register a tenancy agreement within the period specified in section 4 or within such period as may be extended by the Registrar under that section; (e) without a written order of the Committee, ejects a tenant from any padi land comprised in a tenancy agreement; or (f) receives from a tenant any addition to the rent lawfully payable under this Act by reason of any quit rent, taxes, rates, charges or other outgoings payable under any written law in respect of any padi land under a tenancy agreement or by reason of any expenses incurred in collecting the rent, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine of one thousand ringgit or to imprisonment for a term which may extend to six months or to both. (2) Where a landlord is convicted of an offence under paragraph (1)(a), (b) or (f), the Court shall order the landlord to repay to the tenant the additional amount received by such landlord.

Malay text (authoritative)

Kesalahan oleh tuan tanah

(1) Mana-mana tuan tanah yang— (a) mengenakan atau menerima sewa berkenaan dengan mana-mana tanah padi di bawah perjanjian penyewaan yang melebihi kadar yang ditetapkan dalam Jadual Kedua atau sewa maksimum yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah subseksyen 11(3); (b) mengenakan atau menerima bayaran wang tunai untuk apa-apa sewa yang digantikan mengikut subseksyen 11(2) yang melebihi harga padi semasa pada masa tuaian; (c) menerima atau menuntut apa-apa sewa daripada penyewa atau memohon untuk mendapatkan perintah serah milik tanah padi, yang perjanjian penyewaan berkenaan dengannya tidak didaftarkan mengikut Akta ini; (d) tidak mendaftarkan sesuatu perjanjian penyewaan dalam tempoh yang dinyatakan dalam seksyen 4 atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan oleh Pendaftar di bawah seksyen itu; (e) tanpa suatu perintah bertulis Jawatankuasa, mengusir penyewa dari mana-mana tanah padi yang terkandung dalam perjanjian penyewaan; atau (f) menerima daripada seseorang penyewa apa-apa tambahan kepada sewa yang kena dibayar dengan sah di bawah Akta ini yang disebabkan oleh apa-apa cukai tanah, cukai, kadar, caj atau bayaran lain yang kena dibayar di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan mana-mana tanah padi di bawah perjanjian penyewaan atau yang disebabkan oleh apa-apa perbelanjaan yang telah ditanggung dalam memungut sewa itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh sehingga enam bulan atau kedua-duanya. (2) Jika seseorang tuan tanah disabitkan dengan kesalahan di bawah perenggan (1)(a), (b) atau (f), Mahkamah hendaklah memerintahkan tuan tanah itu untuk membayar balik kepada penyewa amaun tambahan yang diterima oleh tuan tanah itu.

Read this section in the full act →

Find Act 793 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next