Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 5
Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 5
s 5 Nature of attachment of earnings order
(1) An attachment of earnings order shall require the person to whom the order in question is directed, being a person appearing to the court to be the defendant’s employer, to make out of the earnings which are to be paid to the defendant payments in satisfaction of the order.
(2) The amount to be prescribed in an attachment of earnings order shall be such sum as to the court shall seem reasonable after taking into account the resources and needs of the defendant and the needs of persons for whom the defendant must or reasonably should provide.
(3) An attachment of earnings order shall contain, so far as the particulars are known to the court making the order, such particulars as may be prescribed for the purpose of enabling the defendant to be identified by the person to whom the order is directed.
(4) An attachment of earnings order or any variation of the order shall not come into force until the expiration of seven days from the date when a copy of the order is served on the person to whom the order is directed.
(5) An attachment of earnings order shall designate the officer to whom the payments under the order are to be made.
Malay text (authoritative)
Jenis perintah penahanan pendapatan
(1) Suatu perintah penahanan pendapatan hendaklah menghendaki orang yang kepadanya perintah yang berkenaan itu ditujukan, iaitu seorang yang ternyata kepada mahkamah ialah majikan defendan, supaya membuat pembayaran daripada pendapatan yang kena dibayar kepada defendan bagi mematuhi perintah itu.
(2) Amaun yang akan ditetapkan dalam sesuatu perintah penahanan pendapatan hendaklah jumlah wang yang difikirkan munasabah oleh mahkamah setelah mengambil kira sumber dan keperluan defendan dan keperluan orang yang mesti atau dengan munasabah patut ditanggung oleh defendan.
(3) Suatu perintah penahanan pendapatan hendaklah mengandungi, setakat yang butir-butir itu diketahui oleh mahkamah yang membuat perintah itu, apa-apa butir yang ditetapkan bagi maksud membolehkan defendan itu dikenal pasti oleh orang yang kepadanya perintah itu ditujukan.
(4) Suatu perintah penahanan pendapatan atau apa-apa pengubahan perintah itu tidak boleh berkuat kuasa sehingga berakhir tempoh tujuh hari dari tarikh apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang kepadanya perintah itu ditujukan.
(5) Suatu perintah penahanan pendapatan hendaklah menetapkan pegawai yang kepadanya pembayaran di bawah perintah itu hendak dibuat.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).