My bookmarksSign up free
← Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968

Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 6

Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 6

s 6 Effect of attachment of earnings order

(1) When an attachment of earnings order is made, all other proceedings for the enforcement of the related maintenance order begun before the making of the attachment of earnings order shall be suspended. (2) The court by which an attachment of earnings order has been made may, if it thinks fit, on the application of the defendant or a person entitled to receive payments under the related maintenance order, make an order discharging or varying the attachment of earnings order. (3) An attachment of earnings order shall cease to have effect— (a) upon the issue of a warrant directing that the amount payable under the related maintenance order shall be levied in the manner provided by law for levying fines; (b) upon the making of an order sentencing the defendant to imprisonment for failure to comply with the related maintenance order; and (c) upon the rescission of the related maintenance order. (4) Where an attachment of earnings order ceases to have effect under subsection (3), the court making such order shall give notice of the cessation to the person to whom the order was directed.

Malay text (authoritative)

Kesan perintah penahanan pendapatan

(1) Apabila suatu perintah penahanan pendapatan dibuat, semua prosiding lain bagi menguatkuasakan perintah nafkah yang berkaitan yang dimulai sebelum perintah penahanan pendapatan itu dibuat hendaklah digantung. (2) Mahkamah yang olehnya suatu perintah penahanan pendapatan dibuat boleh, jika difikirkannya patut, atas permohonan defendan atau seseorang yang berhak untuk menerima pembayaran di bawah perintah nafkah yang berkaitan itu, membuat suatu perintah melepaskan atau mengubah perintah penahanan pendapatan itu. (3) Suatu perintah penahanan pendapatan hendaklah terhenti berkuat kuasa— (a) apabila suatu waran dikeluarkan yang mengarahkan bahawa amaun yang kena dibayar di bawah perintah nafkah yang berkaitan itu hendaklah dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi melevi denda; (b) apabila suatu perintah dibuat untuk menghukum defendan itu dengan pemenjaraan kerana tidak mematuhi perintah nafkah yang berkaitan itu; dan (c) apabila perintah nafkah yang berkaitan itu dibatalkan. (4) Jika suatu perintah penahanan pendapatan terhenti berkuat kuasa di bawah subseksyen (3), mahkamah yang membuat perintah itu hendaklah memberikan notis mengenai pemberhentian itu kepada orang yang kepadanya perintah itu ditujukan.

Read this section in the full act →

Find Act 794 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next