Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 7
Married Women and Children (Enforcement of Maintenance) Act 1968 s 7
s 7 Duty of defendant and employer to comply with attachment of earnings order
(1) A person to whom an attachment of earnings order is directed shall, notwithstanding anything in any other written law but subject to this Act, comply with the order or, if the order is subsequently varied under section 6, with the order as so varied.
(2) Where on any occasion on which earnings are to be paid to a defendant there are in force two or more attachment of earnings orders relating to those earnings, then, for the purpose of complying with this Act the employer shall—
(a) deal with those orders according to the respective dates on which they came into force disregarding any later order until all earlier orders have been dealt with; and
(b) deal with any later order as if the earnings to which it relates were the residue of the defendant’s earnings after the making of any payment under this Act in pursuance of any earlier order.
(3) An employer, who in pursuance of an attachment of earnings order makes a payment under this Act, shall give to the defendant a statement in writing specifying the amount of that payment.
(4) Where the person to whom an attachment of earnings order is directed has, during the period of one month immediately preceding the day on which the order is served on him, on no occasion been the defendant’s employer, he shall forthwith give notice in writing to that effect in the prescribed form to the court.
Malay text (authoritative)
Kewajipan defendan dan majikan untuk mematuhi perintah penahanan pendapatan
(1) Seseorang yang kepadanya suatu perintah penahanan pendapatan ditujukan hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain tetapi tertakluk kepada Akta ini, mematuhi perintah itu atau, jika perintah itu kemudiannya diubah di bawah seksyen 6, mematuhi perintah itu sebagaimana yang diubah sedemikian.
(2) Jika pada bila-bila masa apabila pendapatan kena dibayar kepada defendan terdapat dua perintah penahanan pendapatan atau lebih yang berkuat kuasa yang berhubungan dengan pendapatan itu, maka, bagi maksud mematuhi Akta ini majikan hendaklah—
(a) menguruskan perintah-perintah itu masing-masing mengikut tarikh perintah-perintah itu mula berkuat kuasa tanpa mengambil kira mana-mana perintah yang terkemudian sehingga semua perintah yang terdahulu telah diuruskan; dan
(b) menguruskan mana-mana perintah yang terkemudian seolah-olah pendapatan yang berkaitan dengannya adalah baki daripada pendapatan defendan selepas membuat apa-apa pembayaran di bawah Akta ini menurut manamana perintah yang terdahulu.
(3) Seseorang majikan, yang menurut suatu perintah penahanan pendapatan membuat pembayaran di bawah Akta ini, hendaklah memberi defendan suatu pernyataan bertulis yang menyatakan amaun pembayaran itu.
(4) Jika orang yang kepadanya suatu perintah penahanan pendapatan ditujukan telah, dalam tempoh masa sebulan sebaik sebelum hari perintah itu disampaikan kepadanya, bukan pada bila-bila masa merupakan majikan defendan, dia hendaklah dengan serta-merta memberikan notis bertulis yang bermaksud sedemikian dalam bentuk yang ditetapkan kepada mahkamah.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).