My bookmarksSign up free
← Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017

Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017 s 23

Access to Biological Resources and Benefit Sharing Act 2017 s 23

s 23 Requirement for prior informed consent and mutually agreed terms, etc.

(1) The prior informed consent of the relevant indigenous community and local community shall be obtained for any access to— (a) a biological resource on land to which such indigenous community and local community have a right as established by law; and (b) traditional knowledge associated with a biological resource that is held by such indigenous community and local community. (2) The prior informed consent of indigenous community and local community shall be obtained in accordance with customary laws and practices, protocols and procedures of indigenous community and local community, as the case may be. (3) Any person who intends to access the biological resource or traditional knowledge in subsection (1) for commercial or potential commercial purposes under subsection 12(1) shall enter into a benefit sharing agreement with the relevant indigenous community and local community. (4) Any prior informed consent shall be obtained from and benefit sharing agreement entered into with— (a) the representative, organisation or body identified in accordance with the customary laws and practices, protocols and procedures of the said indigenous community and local community; or (b) where no such representative or organisation of the traditional knowledge associated with a biological resource can be identified— (i) with the holders of the traditional knowledge associated with a biological resource within the indigenous community and local community; or (ii) with the Federal Government or State Authority, as the case may be, if the holders of the traditional knowledge associated with a biological resource cannot be identified. (5) Any monetary benefit obtained from the benefit sharing agreement entered under subparagraph (4)(b)(ii) shall be deposited into a fund as may be established by the Federal or the State Government and any benefit, including where applicable non-monetary benefit, shall be applied for the interest of indigenous community and local community taking into account the advice of the advisory body established under subsection 9(2). (6) Where the same traditional knowledge associated with a biological resource is shared by more than one indigenous or local community— (a) the applicant shall obtain the prior informed consent of and enter into benefit sharing agreement with the duly identified representative or organization of all the holders of the traditional knowledge associated with the biological resource; or (b) where it is not practicable in all the circumstances of the case to ascertain all such holders, and this is proven to the satisfaction of the Competent Authority, the applicant shall obtain the prior informed consent of, and enter into the benefit sharing agreement with the duly identified representatives or organisation of such of the holders as the applicant may ascertain. (7) In the event that there is a claim by any indigenous community and local community that it is the rightful holder of the traditional knowledge associated with a biological resource after the application is approved, the Competent Authority shall— (a) determine the said claim in consultation with the indigenous community and local community whose prior informed consent has been obtained and benefit sharing agreement entered into; (b) if the claim is proven to the satisfaction of the Competent Authority, declare that the said indigenous community and local community is entitled to share the benefits due to the indigenous community and local community under the benefit sharing agreement; and (c) determine the quantum or nature of benefits to which the indigenous community and local community is entitled under paragraph (b), in consultation with all the indigenous community and local community concerned.

Malay text (authoritative)

Kehendak keizinan termaklum awal dan terma dipersetujui bersama, dsb.

(1) Keizinan termaklum awal masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang berkenaan hendaklah diperoleh bagi apa-apa akses kepada— (a) suatu sumber biologi atas tanah yang masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan itu mempunyai hak sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan (b) pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang dipegang oleh masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan itu. Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 31 (2) Keizinan termaklum awal masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan hendaklah diperoleh mengikut undang-undang dan amalan adat, protokol dan tatacara masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. (3) Mana-mana orang yang berniat untuk mengakses sumber biologi atau pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi dalam subseksyen (1) bagi maksud komersial atau komersial berpotensi di bawah subseksyen 12(1) hendaklah membuat suatu perjanjian perkongsian faedah dengan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang berkaitan. (4) Keizinan termaklum awal hendaklah diperoleh daripada dan perjanjian perkongsian faedah hendaklah dibuat dengan— (a) wakil, pertubuhan atau badan yang dikenal pasti mengikut undang-undang dan amalan adat, protokol dan tatacara bagi masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan tersebut; atau (b) jika tiada wakil atau pertubuhan bagi pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu yang boleh dikenal pasti— (i) dengan pemegang pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi dalam masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan itu; atau (ii) dengan Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika pemegang pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi itu tidak boleh dikenal pasti. (5) Apa-apa faedah kewangan yang diperoleh daripada perjanjian perkongsian faedah yang dibuat di bawah subperenggan 4(b)(ii) hendaklah didepositkan ke dalam suatu kumpulan wang yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan atau Negeri dan apa-apa faedah, termasuk jika berkenaan faedah bukan kewangan, hendaklah digunakan untuk kepentingan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan dengan mengambil kira nasihat badan penasihat yang ditubuhkan di bawah subseksyen 9(2). (6) Jika pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang sama dikongsi oleh lebih daripada satu masyarakat pribumi atau tempatan— (a) pemohon hendaklah memperoleh keizinan termaklum awal dan membuat perjanjian perkongsian faedah dengan wakil atau pertubuhan bagi semua pemegang pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi yang boleh dikenal pasti dengan sewajarnya; atau (b) jika tidak boleh dipraktikkan dalam semua hal keadaan untuk menentukan kesemua pemegang itu, dan hal ini dibuktikan sehingga Pihak Berkuasa Kompeten berpuas hati, pemohon hendaklah memperoleh keizinan termaklum awal, dan membuat perjanjian perkongsian faedah dengan wakil atau pertubuhan pemegang itu yang boleh dikenal pasti dengan sewajarnya oleh pemohon. (7) Dalam keadaan terdapat tuntutan daripada mana-mana masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan bahawa ia merupakan pemegang sah pengetahuan tradisi yang berkaitan dengan sumber biologi setelah permohonan itu diluluskan, Pihak Berkuasa Kompeten hendaklah— (a) menentukan tuntutan tersebut selepas berunding dengan masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang daripadanya keizinan termaklum awal telah diperoleh dan perjanjian perkongsian faedah dibuat; (b) jika tuntutan itu dibuktikan sehingga Pihak Berkuasa Kompeten berpuas hati, mengisytiharkan bahawa masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan tersebut berhak untuk berkongsi faedah yang kena dibayar kepada masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan di bawah perjanjian perkongsian faedah; dan (c) menentukan kuantum atau sifat faedah yang masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan berhak di bawah perenggan (b), selepas berunding dengan semua masyarakat pribumi dan masyarakat tempatan yang berkaitan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 795 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next