My bookmarksSign up free
← Employment (Restriction) Act 1968

Employment (Restriction) Act 1968 s 13

Employment (Restriction) Act 1968 s 13

s 13 Power of entry and request for production of documents, etc.

(1) An employment officer may if he has reason to believe that an offence under this Act has been or is being committed in any premises other than premises solely used as a dwelling place without warrant enter such premises. (2) An employment officer may— (a) require any person, whom he has reason to believe to be in possession of any document or information relevant to the carrying out of this Act, to produce any such document or to give such information; or (b) question any person or require any person by notice in writing to attend at such time and at such place as may be stated in such notice in regard to any document or information which, in the opinion of the employment officer, is relevant to the carrying out of this Act, and which he believes to be in such person’s possession or knowledge.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk masuk dan meminta pengemukaan dokumen, dsb.

(1) Seseorang pegawai pekerjaan boleh, jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan di dalam mana-mana premis selain premis yang semata-mata digunakan sebagai tempat kediaman, memasuki premis itu tanpa waran. (2) Seseorang pegawai pekerjaan boleh— (a) menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai memiliki apa-apa dokumen atau maklumat yang berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, supaya mengemukakan apa-apa dokumen itu atau memberikan apa-apa maklumat itu; atau (b) menyoal mana-mana orang atau menghendaki mana-mana orang melalui notis secara bertulis supaya hadir pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang disebut dalam notis itu berkenaan dengan apa-apa dokumen atau maklumat yang, pada pendapat pegawai pekerjaan itu, adalah berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, dan yang dipercayainya ada dalam milikan atau pengetahuan orang itu.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 796 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next