s 9
Meetings of Coordinating Committee
Malaysian Border Security Agency Act 2017 s 9
Meetings of Coordinating Committee
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras
(1) Jawatankuasa Penyelaras hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu. (2) Tujuh orang anggota, termasuk Pengerusi, hendaklah membentuk kuorum suatu mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras. (3) Jawatankuasa Penyelaras boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota Jawatankuasa Penyelaras untuk menghadiri mesyuaratnya bagi menasihati Jawatankuasa Penyelaras mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan. (4) Agensi boleh melantik mana-mana pegawai dalam kalangan pegawai Agensi untuk menjadi urus setia bagi Jawatankuasa Penyelaras.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).