(1) Where an insured person makes a claim for benefits and the Organization has determined that the insured person has lost his employment, the insured person shall commence participation in the re-employment placement programme within the waiting period in such manner as prescribed.
(2) The insured person—
(a) shall comply with any direction given by the Organization in respect of the re-employment placement programme;
(b) shall be a person who is able and available to work, and actively seeking for work; and
(c) shall undergo any training as determined by the Organization.
(3) If there is any offer of employment from any employer that is suitable to the insured person, the Organization shall inform such offer to the insured person.
(4) The insured person may accept the offer of employment under subsection (3) and shall inform the Organization of acceptance of the offer.
(5) The insured person may refuse the offer of employment under subsection (3) if he has reasonable grounds for such refusal, and he shall inform the Organization of his refusal to accept the offer.
(6) The Organization shall determine whether the refusal to accept the offer of employment under subsection (5) is based on reasonable grounds or otherwise.
(7) If the Organization is satisfied that the refusal to accept the offer of employment under subsection (5) is based on unreasonable grounds—
(a) the insured person shall lose his entitlement to receive any benefit under this Act; and
(b) in the case where the insured person is receiving any benefit under this Act, the Organization shall terminate the payment of such benefit.
Malay text (authoritative)
Program penempatan pekerjaan semula
(1) Jika orang berinsurans membuat tuntutan bagi faedah dan Pertubuhan telah menentukan bahawa orang berinsurans telah kehilangan pekerjaannya, orang berinsurans itu hendaklah mula mengambil bahagian dalam program penempatan pekerjaan semula dalam tempoh menunggu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Orang berinsurans—
(a) hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Pertubuhan berkenaan dengan program penempatan pekerjaan semula;
(b) hendaklah merupakan orang yang boleh dan bersedia untuk bekerja, dan mencari kerja secara aktif; dan
(c) hendaklah menjalani apa-apa latihan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(3) Jika terdapat apa-apa tawaran pekerjaan daripada mana-mana majikan yang sesuai dengan orang berinsurans itu, Pertubuhan hendaklah memaklumkan tawaran itu kepada orang berinsurans itu.
(4) Orang berinsurans boleh menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (3) dan hendaklah memaklumkan kepada Pertubuhan mengenai penerimaan tawaran itu.
(5) Orang berinsurans boleh menolak tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (3) jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi penolakan itu, dan dia hendaklah memaklumkan kepada Pertubuhan mengenai penolakannya untuk menerima tawaran itu.
(6) Pertubuhan hendaklah menentukan sama ada penolakan untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (5) adalah berdasarkan alasan yang munasabah atau selainnya.
(7) Jika Pertubuhan berpuas hati bahawa penolakan untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (5) adalah berdasarkan alasan yang tidak munasabah—
(a) orang berinsurans itu hendaklah hilang haknya untuk menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini; dan
(b) dalam hal jika orang berinsurans itu sedang menerima apaapa faedah di bawah Akta ini, Pertubuhan hendaklah menamatkan bayaran faedah itu.
Text as at 1 November 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).