(1) For the purpose of this section—
“debentures” includes debenture stock, bond, note or other securities or obligations of a company, whether constituting a charge on the assets of the company or not and also includes the right to subscribe for any debenture;
“shares” means the paid-up shares whether fully paid or not in the share capital of a company and includes stocks and rights to subscribe for any stock or shares.
(2) The moneys in the Fund shall, in so far as the moneys are not immediately required to be expended by the Organization under this Act or any regulations made under this Act, be invested subject to such terms and conditions as determined by the Minister after consultation with the Minister of Finance as follows:
(a) in investments or securities authorized for the investment of trust funds by any written law;
(b) in investment in shares and debentures in any public company the prices of which are quoted or sought to be quoted on the stock exchange established in Malaysia;
(c) in such other investments or securities as the Board may decide based on the recommendation by the Committee.
(3) The investments made under subsection (2) may be varied, transposed or realized from time to time.
(4) The Minister may at any time, after consultation with the Minister of Finance, direct the vacation in part or in whole, or prohibit investment, in any security.
(5) The power to invest under subsection (2) shall vest in the Board.
(6) The Organization shall, with the approval of the Board and after consultation with the Minister of Finance, determine the procedure for investment of the Fund including its transfer or realization, the bank in which the Fund may be deposited, the raising and repayment of loans and the financial control and procedures.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk melabur
(1) Bagi maksud seksyen ini—
“debentur” termasuklah saham debentur, bon, nota atau sekuriti atau obligasi lain suatu syarikat, sama ada terjumlah kepada suatu gadaian ke atas aset syarikat atau tidak dan juga termasuk hak untuk melanggan apa-apa debentur;
“syer” ertinya syer berbayar sama ada yang berbayar penuh atau tidak dalam modal syer suatu syarikat dan termasuklah saham dan hak untuk melanggan apa-apa saham atau syer.
(2) Wang dalam Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak diperlukan dengan segera untuk dibelanjakan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dilaburkan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan seperti yang berikut:
(a) dalam pelaburan atau sekuriti yang dibenarkan bagi pelaburan kumpulan wang amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis;
(b) dalam pelaburan dalam syer dan debentur dalam manamana syarikat awam yang disebut harga atau sedang diusahakan supaya disebut harga di bursa saham yang ditubuhkan di Malaysia;
(c) dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti lain yang diputuskan oleh Lembaga berdasarkan syor Jawatankuasa.
(3) Pelaburan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh diubah, ditukar atau direalisasikan dari semasa ke semasa.
(4) Menteri boleh pada bila-bila masa, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengarahkan pengosongan sebahagian atau keseluruhan, atau melarang pelaburan, dalam mana-mana sekuriti.
(5) Kuasa untuk melabur di bawah subseksyen (2) hendaklah terletak hak pada Lembaga.
(6) Pertubuhan hendaklah, dengan kelulusan Lembaga dan selepas berunding dengan Menteri Kewangan, menentukan tatacara bagi pelaburan Kumpulan Wang termasuk pemindahan atau realisasinya, bank yang Kumpulan Wang boleh didepositkan, pemerdapatan dan pembayaran balik pinjaman dan kawalan dan prosedur kewangan.
Text as at 1 November 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).