My bookmarksSign up free
← Employment Insurance System Act 2017

Employment Insurance System Act 2017 s 58

Employment Insurance System Act 2017 s 58

s 58 Imposition of surcharge

(1) The Organization may impose surcharge on any person who is or was in the employment of the Organization in such manner as determined by the Board if it appears to the Board that the person— (a) is or was responsible for any improper payment of moneys from the Fund or for any payment of such moneys which is not duly vouched; (b) is or was responsible for any deficiency in, or for the destruction of, any moneys, securities, stores or other properties of the Organization; (c) being or having been an accounting officer, fails or has failed to keep proper accounts or records; or (d) has failed to make any payment, or is or was responsible for any delay in the payment of money from the Fund to any person to whom such payment is due under any contract, agreement or arrangement entered into between that person and the Organization. (2) The Board shall, before a person is surcharged under subsection (1), serve on him a notice in writing calling on him to show cause why he should not be surcharged. (3) If a satisfactory explanation is not received within thirty days from the date of service of the notice under subsection (2), the Board may— (a) in the case of paragraphs (1)(a) and (b), surcharge against the person a sum not exceeding the amount not collected, or of the improper payment made, or of the deficiency in the value of, or loss of, the moneys, securities, stores or other properties of the Organization; and (b) in the case of paragraphs (1)(c) and (d), surcharge against the person such sum as the Board thinks fit. (4) The Board shall cause the Director General to be notified of any surcharge made under subsection (1) and the Director General shall thereupon notify the person surcharged. (5) Notwithstanding subsections (3) and (4), the Board may at any time withdraw any surcharge in respect of which a satisfactory explanation has been received or if it otherwise appears that no surcharge should have been made, and the Board shall cause the Director General to be notified of the withdrawal and the Director General shall thereupon notify the person surcharged. (6) The amount of any surcharge made under subsection (3) and not withdrawn under subsection (5) shall be a civil debt due to the Organization from the person surcharged and may be sued for and recovered in any court at the suit of the Organization and may also if the Board so directs be recovered by deduction— (a) from the salary of the person surcharged; or (b) from the pension of the person surcharged, by equal monthly instalments not exceeding one-fourth of the total monthly salary or pension of that person, as the case may be.

Malay text (authoritative)

Pengenaan surcaj

(1) Pertubuhan boleh mengenakan surcaj ke atas mana-mana orang yang sedang atau pernah bekerja dengan Pertubuhan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga jika Lembaga mendapati bahawa orang itu— (a) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apaapa bayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Kumpulan Wang atau bagi apa-apa bayaran apa-apa wang yang tidak disokong dengan sewajarnya; (b) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apaapa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan, apa-apa wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan; (c) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau (d) telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apaapa kelengahan dalam bayaran wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Pertubuhan. (2) Lembaga hendaklah, sebelum seseorang itu dikenakan surcaj di bawah subseksyen (1), menyampaikan kepadanya suatu notis bertulis yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikenakan surcaj. (3) Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh— (a) dalam hal perenggan (1)(a) dan (b), mengenakan surcaj terhadap orang itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang dibuat dengan tidak sepatutnya, atau kekurangan dalam nilai, atau kerugian, wang, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Pertubuhan; dan (b) dalam hal perenggan (1)(c) dan (d), mengenakan surcaj terhadap orang itu apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga. (4) Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu. (5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika didapati selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah menyebabkan supaya Ketua Pengarah diberitahu mengenai penarikan balik itu dan Ketua Pengarah hendaklah selepas itu memberitahu orang yang dikenakan surcaj itu. (6) Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan yang tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pertubuhan daripada orang yang dikenakan surcaj itu dan boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan balik dalam mana-mana mahkamah atas guaman Pertubuhan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan balik melalui potongan— (a) daripada gaji orang yang dikenakan surcaj itu; atau (b) daripada pencen orang yang dikenakan surcaj itu, dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu per empat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 800 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next