My bookmarksSign up free
← Employment Insurance System Act 2017

Employment Insurance System Act 2017 s 8

Employment Insurance System Act 2017 s 8

s 8 Employment Insurance Committee

(1) A committee by the name of “Employment Insurance Committee” is established. (2) The function of the Committee is to advise the Board on all matters relating to the System including the rates of contribution, benefits and the employees to be insured under this Act, and on matters relating to the investment of the Fund. (3) The Committee shall consist of the following members: (a) the Chairman of the Board who shall be the Chairman; (b) the Director General who shall be the Deputy Chairman; (c) one member representing the Ministry responsible for human resources; (d) one member representing the Ministry responsible for finance; (e) one member representing the Prime Minister’s Office responsible for economic planning; (f) one member representing the department responsible for labour in Peninsular Malaysia; (g) one member representing the department responsible for labour in Sabah; (h) one member representing the department responsible for labour in Sarawak; (i) one member representing the department responsible for industrial relations; (j) one member representing the department responsible for skills development; (k) one member representing the Institute of Labour Market Information and Analysis; (l) not more than three members of any association or trade union representing employees who shall be appointed by the Minister; (m) not more than three members of any association or trade union representing employers who shall be appointed by the Minister; (n) not more than three other members with experience, knowledge and reasonable expertise in employment insurance, labour matters and investment who shall be appointed by the Minister. (4) The Minister may revoke the appointment of any member of the Committee appointed under paragraphs (3)(l), (m) and (n). (5) Any member appointed by the Minister under paragraph (3)(l), (m) or (n) may, at any time, resign as a member of the Committee by giving written notice to the Minister. (6) The members of the Committee shall be paid such allowances and other expenses as the Board may determine. (7) A member of the Committee shall hold office on such conditions and for such terms as may be specified in his letter of appointment and is eligible for reappointment for any term as the Board may determine. (8) The Committee shall meet at least three times in each year. (9) The quorum for a meeting of the Committee shall be nine persons including the chairman of the meeting. (10) The Committee may invite any person to attend any meeting of the Committee for the purpose of advising the Committee on any matter under discussion but that person shall not be entitled to vote at the meeting. (11) Any person invited under subsection (10) may be paid such allowances as the Board may determine. (12) Subject to this Act, the Committee may determine its own procedures. (13) The Organization shall appoint a secretary and assistant secretary to the Committee who shall be from amongst the officers and servants of the Organization.

Malay text (authoritative)

Jawatankuasa Insurans Pekerjaan

(1) Suatu jawatankuasa yang dinamakan “Jawatankuasa Insurans Pekerjaan” ditubuhkan. (2) Fungsi Jawatankuasa adalah untuk menasihati Lembaga mengenai semua perkara yang berhubungan dengan Sistem termasuklah kadar caruman, faedah dan pekerja yang hendaklah diinsuranskan di bawah Akta ini, dan mengenai perkara yang berhubungan dengan pelaburan Kumpulan Wang. (3) Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut: (a) Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi Pengerusi; (b) Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi; (c) seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia; (d) seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan; (e) seorang anggota yang mewakili Pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan ekonomi; (f) seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Semenanjung Malaysia; (g) seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Sabah; (h) seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Sarawak; (i) seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi perhubungan perusahaan; (j) seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran; (k) seorang anggota yang mewakili Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh; (l) tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada manamana persatuan atau kesatuan sekerja yang mewakili pekerja yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (m) tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada manamana persatuan atau kesatuan sekerja yang mewakili majikan yang hendaklah dilantik oleh Menteri; (n) tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang munasabah dalam insurans pekerjaan, perkara buruh dan pelaburan yang hendaklah dilantik oleh Menteri. (4) Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(l), (m) dan (n). (5) Mana-mana anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (3)(l), (m) atau (n) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberi notis bertulis kepada Menteri. (6) Anggota Jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (7) Seorang anggota Jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (8) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap tahun. (9) Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah sembilan orang termasuk pengerusi mesyuarat. (10) Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu. (11) Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (12) Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri. (13) Pertubuhan hendaklah melantik seorang setiausaha dan penolong setiausaha kepada Jawatankuasa yang hendaklah daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 800 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 November 2021 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next