My bookmarksSign up free
← Dental Act 2018

Dental Act 2018 s 51

Dental Act 2018 s 51

s 51 Disciplinary authority

(1) The Council shall have disciplinary authority over all practitioners, and the Board shall have disciplinary authority over all dental therapists, registered under this Act. (2) The Council may exercise disciplinary authority over any practitioner and the Board may exercise disciplinary authority over any dental therapist— (a) who has been guilty of infamous conduct in any professional respect; (b) who has contravened any provision of the Code of Professional Conduct or any guidelines endorsed or issued by the Council or the Board, as the case may be; (c) who allows an unregistered person to practice dentistry on the premises used by or under the control of such practitioner in the performance of his professional duties; (d) who by his presence, countenance, advice, assistance or cooperation has enabled an unregistered person, whether described as an assistant or otherwise, to practise dentistry; (e) who practises dentistry or provides dental services in premises in which an unregistered person practises dentistry; (f) who, in relation to a dental practitioner, allows a dental therapist to practise dentistry in the private sector when not under the direct supervision of a dental surgeon who holds a valid annual practising certificate; (g) who, in relation to a dental practitioner, allows a dental therapist practising in the private sector to carry out dental procedures not listed in the Fifth Schedule; (h) who, in relation to a dental therapist practising in the private sector, carries out dental procedures not listed in the Fifth Schedule; (i) who, in relation to a dental practitioner, allows a post-basic dental therapist practising in the private sector, carries out procedures not listed in the Fifth Schedule or the Sixth Schedule in relation to the discipline for which he is registered; (j) who, in relation to a post-basic dental therapist practising in the private sector, carries out dental procedures not listed in the Fifth Schedule or the Sixth Schedule in relation to the discipline for which he is registered; (k) who has been convicted by a court in Malaysia or elsewhere of any offence punishable with imprisonment, whether in itself only or in addition to or in lieu of a fine; (l) who has obtained registration by fraud or misrepresentation; (m) who was not at the time of his registration entitled to be registered; (n) whose name has since been removed from the register of dental practitioners or register of dental therapist, or from the roll of any dental college or licensing body maintained in any place outside Malaysia, as a result of any misconduct or disciplinary proceedings; or (o) who has contravened any provisions of this Act or any regulations made under this Act.

Malay text (authoritative)

Pihak berkuasa tatatertib

(1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pengamal, dan Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua juruterapi pergigian, yang didaftarkan di bawah Akta ini. (2) Majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana pengamal dan Lembaga boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana juruterapi pergigian— (a) yang telah bersalah kerana berkelakuan buruk dalam apa-apa jua aspek profesional; (b) yang telah melanggar mana-mana peruntukan Kod Tatalaku Profesional atau apa-apa garis panduan yang diendors atau dikeluarkan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan; (c) yang membenarkan seseorang yang tidak berdaftar untuk menjalankan amalan pergigian di premis yang digunakan oleh atau di bawah kawalan pengamal itu dalam pelaksanaan tugas profesionalnya; (d) yang dengan kehadiran, sokongan, nasihat, bantuan atau kerjasamanya telah membolehkan seseorang yang tidak berdaftar, sama ada digambarkan sebagai seorang pembantu atau selainnya, untuk menjalankan amalan pergigian; (e) yang menjalankan amalan pergigian atau menyediakan perkhidmatan pergigian di premis yang seseorang yang tidak berdaftar menjalankan amalan pergigian; (f) yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian untuk menjalankan amalan pergigian dalam sektor swasta apabila tidak di bawah pengawasan secara langsung seorang doktor pergigian yang memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah; (g) yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian yang menjalankan amalan dalam sektor swasta untuk menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima; (h) yang, berhubung dengan juruterapi pergigian yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima; (i) yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian pascaasas yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima atau Jadual Keenam berhubung dengan disiplin yang dia didaftarkan; (j) yang, berhubung dengan juruterapi pergigian pascaasas yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima atau Jadual Keenam berhubung dengan disiplin yang dia didaftarkan; (k) yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda; (l) yang telah memperoleh pendaftaran secara fraud atau salah nyataan; (m) yang pada masa pendaftarannya tidak berhak untuk didaftarkan; (n) yang namanya telah dipotong daripada daftar pengamal pergigian atau daftar juruterapi pergigian, atau daripada daftar mana-mana maktab pergigian atau badan pelesenan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia, akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib; atau (o) yang telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 804 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next