My bookmarksSign up free
← Dental Act 2018

Dental Act 2018 s 8

Dental Act 2018 s 8

s 8 Disqualification from appointment, nomination or election

(1) A dental surgeon shall not be qualified to be appointed, nominated or elected as a member of the Council under paragraphs 6(1)(c) to (h) if— (a) he has been found guilty by a court of any offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude, or of any other offence punishable with imprisonment, whether in itself only or in addition to or in lieu of a fine; (b) he is an undischarged bankrupt; (c) his name has at any time been removed from the Dental Register; or (d) his name has been removed from any register of dental practitioners or its equivalent maintained in any place outside Malaysia as a result of any misconduct or disciplinary proceedings. (2) Any dental surgeon whose name has been suspended from the Dental Register shall not be eligible to be appointed, nominated or elected, as the case may be, under paragraphs 6(1)(c) to (h) for a period of six years after the expiration of the suspension. (3) Any dental surgeon who has been reprimanded under paragraph 58(1)(c), shall not be eligible to be appointed, nominated or elected, as the case may be, under paragraphs 6(1)(c) to (h) for a period of three years from the date of such reprimand. (4) A member who has been appointed or elected under this Act shall be deemed to have vacated his seat as a member of the Council if— (a) he is no longer a citizen of Malaysia; (b) he no longer resides in Malaysia; (c) he no longer holds a valid annual practising certificate; (d) he is an undischarged bankrupt; (e) he is no longer eligible under subsection 6(1); (f) he, subject to the periods stipulated in subsections (2) and (3), has been punished by the Council under section 58; (g) his name has been removed from any register of dental practitioners maintained in any place outside Malaysia as a result of any misconduct or disciplinary proceedings; or (h) he has been found guilty by a court for any offence involving fraud, dishonesty or moral turpitude, or for any other offence punishable with imprisonment, whether in itself only or in addition to or in lieu of a fine.

Malay text (authoritative)

Kehilangan kelayakan daripada pelantikan, penamaan atau pemilihan

(1) Seseorang doktor pergigian tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih sebagai anggota Majlis di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) jika— (a) dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda; (b) dia seorang bankrap yang belum dilepaskan; (c) namanya pada bila-bila masa telah dipotong daripada Daftar Pergigian; atau (d) namanya telah dipotong daripada mana-mana daftar pengamal pergigian atau yang setara yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib. (2) Mana-mana doktor pergigian yang namanya telah digantung daripada Daftar Pergigian tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) bagi tempoh enam tahun selepas tamat tempoh penggantungan itu. (3) Mana-mana doktor pergigian yang telah dicela di bawah perenggan 58(1)(c), tidak layak untuk dilantik, dinamakan atau dipilih, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah perenggan 6(1)(c) hingga (h) bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pencelaan itu. (4) Seorang anggota yang telah dilantik atau dipilih di bawah Akta ini hendaklah disifatkan telah mengosongkan kerusinya sebagai anggota Majlis jika— (a) dia bukan lagi seorang warganegara Malaysia; (b) dia tidak lagi bermastautin di Malaysia; (c) dia tidak lagi memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah; (d) dia seorang bankrap yang belum dilepaskan; (e) dia tidak lagi layak di bawah subseksyen 6(1); (f) dia, tertakluk kepada tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), telah dihukum oleh Majlis di bawah seksyen 58; (g) namanya telah dipotong daripada mana-mana daftar pengamal pergigian yang disenggara di mana-mana tempat di luar Malaysia akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib; atau (h) dia telah didapati bersalah oleh mahkamah atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 804 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next