(1) The Minister may, by order published in the Gazette, grant reduction as he considers appropriate or complete exemption from the period of service—
(a) in respect of any particular person;
(b) generally, in respect of any class of persons for such period as he may specify; or
(c) generally, in respect of all persons for such period as he may specify.
(2) The Minister may, upon application being made to him by any person liable to undergo the period of service under section 79, grant to such person a postponement from commencing or completing such service, for such period as he thinks appropriate.
(3) The decision of the Minister under subsection (2) shall be final.
Malay text (authoritative)
Kuasa Menteri
(1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan pengurangan sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya atau pengecualian penuh daripada tempoh perkhidmatan—
(a) berkenaan dengan mana-mana orang tertentu;
(b) secara am, berkenaan dengan mana-mana golongan orang bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh dinyatakannya; atau
(c) secara am, berkenaan dengan semua orang bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh dinyatakannya.
(2) Menteri boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh mana-mana orang yang kena menjalani tempoh perkhidmatan di bawah seksyen 79, memberi orang itu penangguhan daripada memulakan atau menghabiskan perkhidmatan itu, selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan sesuai olehnya.
(3) Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).