LawPlayer
My bookmarks
← Sales Tax Act 2018

Sales Tax Act 2018 s 2

Sales Tax Act 2018 s 2

Act no.
Act 806
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Sales Tax Act 2018 [Act 806], s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act; “goods” means all kinds of movable property; “taxable goods” means goods of a class or kind not exempted from sales tax; “sales tax” means the tax payable under this Act; “prescribed” means prescribed by the Minister in the regulations made under this Act; “document” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950 [Act 56]; “licensed warehouse” means any warehouse or place licensed under section 65 of the Customs Act 1967 [Act 235]; “customs warehouse” has the meaning assigned to it under subsection 2(1) of the Customs Act 1967; “licensed manufacturing warehouse” means a licensed warehouse in respect of which an additional licence to carry on any manufacturing process has been granted under section 65a of the Customs Act 1967; “sale” includes barter, disposal of goods with a right of purchase or on terms providing that the seller retains an interest in the goods, and delivery of goods under any conditions as to future payment; “designated areas” means Labuan, Langkawi and Tioman; “special areas” means any free zone, licensed warehouse and licensed manufacturing warehouse, and the Joint Development Area; “Joint Development Area” has the meaning assigned to it under section 2 of the Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 [Act 440]; “customs ruling” means any customs ruling made by the Director General under section 44; “Director General” means the Director General of Customs and Excise appointed under subsection 3(1) of the Customs Act 1967; “computer” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950; “Labuan” means the Island of Labuan and its dependent islands, namely Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan and Daat; “Langkawi” means the Island of Langkawi and all adjacent islands lying nearer to the Island of Langkawi than to the mainland; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance; “taxable person” means a registered manufacturer or a manufacturer who is liable to be registered under section 12; “officer of sales tax” means any officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967 and includes any person appointed or employed under subsection 4(3); “proper officer of sales tax” means any senior officer of sales tax or officer of sales tax acting in the fulfilment of his duties under this Act, whether such duties are assigned to him specially or generally, or expressly or by implication; “senior officer of sales tax” means any senior officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967; “conveyance” includes any vessel, train, vehicle, aircraft or any other means of transport by which persons or goods can be carried; “manufacturer” means a person who engages in the manufacture of goods; “registered manufacturer” means a manufacturer registered under section 13 or 14; “regulations” means regulations made under section 106; “limited liability partnership” has the meaning assigned to it under section 2 of the Limited Liability Partnerships Act 2012 [Act 743]; “business” includes any trade, commerce or manufacture, or any concern in the nature of trade, commerce or manufacture; “petroleum” has the meaning assigned to it under subsection 2(1) of the Customs Act 1967; “surcharge” means the surcharge referred to in subsection 32(3); “effective date” means the date appointed under subsection 1(3); “taxable period” means any period as determined or provided for under section 25; “Tioman” means the Island of Tioman and the islands of Soyak, Rengis, Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi and Jahat; “Customs Appeal Tribunal” means the Customs Appeal Tribunal established under section 141b of the Customs Act 1967; “free zone” has the meaning assigned to it under subsection 2(1) of the Free Zones Act 1990 [Act 438]. (2) For the purpose of this Act— (a) goods shall be deemed to be under customs control whilst the goods are deposited or held in any customs warehouse or licensed warehouse, post office, or in any conveyance, pipeline or place from which the goods may not be removed except with the permission of the proper officer of sales tax; and (b) goods shall be deemed to be under excise control whilst the goods are deposited or held in any distillery, brewery or other places of manufacture, or in any public excise warehouse, licensed warehouse, post office, or in any conveyance, pipeline or place from which the goods may not be removed except with the permission of the proper officer of sales tax.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “barang” ertinya semua jenis harta alih; “barang bercukai” ertinya barang daripada kelas atau jenis yang tidak dikecualikan daripada cukai jualan; “cukai jualan” ertinya cukai yang kena dibayar di bawah Akta ini; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “gudang berlesen” ertinya apa-apa gudang atau tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “gudang kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “gudang pengilangan berlesen” ertinya suatu gudang berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen tambahan untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan telah diberikan di bawah seksyen 65a Akta Kastam 1967; “jualan” termasuklah barter, pelupusan barang dengan hak untuk membeli atau atas terma yang memperuntukkan bahawa penjual mengekalkan kepentingan dalam barang itu, dan penghantaran barang di bawah apa-apa syarat berkenaan dengan pembayaran pada masa hadapan; “kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi dan Tioman; “kawasan khas” ertinya mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen, dan Kawasan Pembangunan Bersama; “Kawasan Pembangunan Bersama” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 1990 [Akta 440]; “ketetapan kastam” ertinya apa-apa ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 44; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967; “komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950; “Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau-pulau tanggungannya, iaitu Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan Daat; “Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau Langkawi daripada tanah besar; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang kena cukai” ertinya seorang pengilang berdaftar atau pengilang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12; “pegawai cukai jualan” ertinya mana-mana pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuk mana-mana orang yang dilantik atau diambil kerja di bawah subseksyen 4(3); “pegawai cukai jualan yang hak” ertinya mana-mana pegawai kanan cukai jualan atau pegawai cukai jualan yang bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu ditugaskan kepadanya secara khusus atau am, atau secara nyata atau tersirat; “pegawai kanan cukai jualan” ertinya mana-mana pegawai kanan kastam sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pengangkut” termasuklah apa-apa vesel, kereta api, kenderaan, pesawat udara atau apa-apa cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barang boleh dibawa; “pengilang” ertinya seseorang yang melibatkan diri dalam pengilangan barang; “pengilang berdaftar” ertinya seorang pengilang yang didaftarkan di bawah seksyen 13 atau 14; “peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 106; “perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; “perniagaan” termasuklah apa-apa tred, perdagangan atau pengilangan, atau apa-apa usaha daripada jenis tred, perdagangan atau pengilangan; “petroleum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “surcaj” ertinya surcaj yang disebut dalam subseksyen 32(3); “tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3); “tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 25; “Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis, Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat; “Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141b Akta Kastam 1967; “zon bebas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]. (2) Bagi maksud Akta ini— (a) barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan kastam semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana gudang kastam atau gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak; dan (b) barang hendaklah disifatkan berada di bawah kawalan eksais semasa barang itu didepositkan atau dipegang di dalam mana-mana kilang penyulingan, kilang bir atau tempat pengilangan lain, atau di dalam mana-mana gudang eksais awam, gudang berlesen, pejabat pos, atau di dalam mana-mana pengangkut, saluran paip atau tempat yang daripadanya barang itu tidak boleh dipindahkan kecuali dengan kebenaran pegawai cukai jualan yang hak.

Read this section in the full act → · Open Part I →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Sales Tax Act 2018, s 2 is headed “Interpretation” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Sales Tax Act 2018, s 2 begins “(1) In this Act, unless the context otherwise requires…”.
Location
Sales Tax Act 2018, s 2 is placed under “Part I: PRELIMINARY”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Sales Tax Act 2018, s 2 is s 1.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Sales Tax Act 2018, s 2 is s 3.
Synced
LawPlayer last synced the text of Sales Tax Act 2018 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Sales Tax Act 2018, s 2 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

On LawPlayer, every section of a Malaysian Act has its own page, linked to the full Act and to its Parts and Chapters. The same site also covers Taiwan's statutes, court judgments and company registration records, and the legislation of 13 other jurisdictions.Malaysian law entry

What to look at next