My bookmarksSign up free
← Sales Tax Act 2018

Sales Tax Act 2018 s 71

Sales Tax Act 2018 s 71

s 71 Return or disposal of goods, etc.

(1) For the purpose of investigation, where any goods have been seized under this Part, a senior officer of sales tax may, at his discretion— (a) temporarily return the goods to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control the goods were seized, or to any person as the senior officer of sales tax may consider entitled to the goods, subject to such terms and conditions as the senior officer of sales tax may impose and to sufficient security being furnished to the satisfaction of the senior officer of sales tax that the goods shall be surrendered to the senior officer of sales tax on demand being made by the senior officer of sales tax and that the said terms and conditions, if any, shall be complied with; (b) return the goods to the owner thereof or to the person from whose possession, custody or control the goods were seized, or to such person as the senior officer of sales tax may consider entitled to such goods, with liberty for the person to whom the goods are so returned to dispose of the same; or (c) sell or destroy the goods, as appropriate in the circumstances, where the goods are living creatures or where, in the opinion of the senior officer of sales tax, the goods are of a perishable or dangerous nature or likely to speedily deteriorate in quality or value, and where the goods are sold, the senior officer of sales tax shall hold the proceeds of sale to abide the result of any prosecution or claim. (2) The return of goods under paragraph (1)(b) shall be subject to security being furnished to the satisfaction of the senior officer of sales tax in an amount not less than an amount which, in the opinion of the senior officer of sales tax, represents— (a) the sale value of the goods, on the date on which the goods are so returned; and (b) the sales tax due and payable in respect of the goods, if any, for the payment of the amount secured to the Director General in the event of the court making an order for the forfeiture under section 81. (3) Whenever any goods are returned or disposed of under subsection (1), a document purporting to be a certificate in accordance with subsection 74(2) shall be issued by the senior officer of sales tax. (4) Any person who— (a) fails to surrender on demand to a senior officer of sales tax the goods temporarily returned to him under paragraph (1)(a); or (b) fails to comply with or contravenes any of the terms or conditions imposed under paragraph (1)(a), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (5) The criminal liability of any person under subsection (4) shall be in addition to any other liability that the said person or any other person may incur under the terms and conditions relating to the return of the goods under paragraph (1)(a). (6) The provisions of subsection (4) shall not apply to a person who is the guarantor or surety of the person to whom the goods are returned under paragraph (1)(a). (7) The Minister may, either generally or in any particular case or class of cases, give such directions to the Director General as he may deem necessary or expedient with regard to the exercise of the powers conferred on the senior officer of sales tax under subsection (1).

Malay text (authoritative)

Pemulangan atau pelupusan barang, dsb.

(1) Bagi maksud penyiasatan, jika mana-mana barang telah disita di bawah Bahagian ini, seorang pegawai kanan cukai jualan boleh, mengikut budi bicaranya— (a) memulangkan barang itu secara sementara kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan jaminan yang mencukupi dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan itu bahawa barang itu hendaklah diserahkan balik kepada pegawai kanan cukai jualan itu atas permintaan yang dibuat oleh pegawai kanan cukai jualan itu dan bahawa terma dan syarat itu, jika ada, hendaklah dipatuhi; (b) memulangkan barang itu kepada pemunyanya atau kepada orang yang daripadanya milikan, jagaan atau kawalan barang itu disita, atau kepada mana-mana orang sebagaimana yang dipertimbangkan oleh pegawai kanan cukai jualan itu sebagai berhak kepada barang itu, dengan kebebasan bagi orang yang kepadanya barang itu dipulangkan sedemikian untuk melupuskan barang itu; atau (c) menjual atau memusnahkan barang itu, sebagaimana yang wajar dalam hal keadaan itu, jika barang itu ialah makhluk hidup atau jika, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, barang itu bersifat mudah rosak atau berbahaya atau mungkin merosot dengan cepat dari segi kualiti atau nilai, dan jika barang itu dijual, pegawai kanan cukai jualan itu hendaklah memegang hasil jualan untuk mematuhi keputusan apa-apa pendakwaan atau tuntutan. (2) Pemulangan barang di bawah perenggan (1)(b) hendaklah tertakluk kepada jaminan yang dikemukakan sehingga memuaskan hati pegawai kanan cukai jualan dalam suatu amaun yang tidak kurang daripada amaun yang, pada pendapat pegawai kanan cukai jualan itu, mewakili— (a) nilai jualan barang itu, pada tarikh barang itu dipulangkan sedemikian; dan (b) cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar berkenaan dengan barang itu, jika ada, bagi pembayaran amaun yang dijamin kepada Ketua Pengarah sekiranya mahkamah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah seksyen 81. (3) Apabila mana-mana barang dipulangkan atau dilupuskan di bawah subseksyen (1), suatu dokumen yang berupa suatu perakuan mengikut subseksyen 74(2) hendaklah dikeluarkan oleh pegawai kanan cukai jualan. (4) Mana-mana orang yang— (a) tidak menyerahkan balik apabila diminta kepada pegawai kanan cukai jualan barang yang dipulangkan secara sementara kepadanya di bawah perenggan (1)(a); atau (b) tidak mematuhi atau melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah perenggan (1)(a), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (5) Liabiliti jenayah mana-mana orang di bawah subseksyen (4) adalah sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang orang itu atau mana-mana orang lain boleh dikenakan di bawah terma dan syarat yang berhubungan dengan pemulangan barang di bawah perenggan (1)(a). (6) Peruntukan subseksyen (4) tidak terpakai bagi seseorang yang menjadi penggerenti atau penjamin orang yang kepadanya barang dipulangkan di bawah perenggan (1)(a). (7) Menteri boleh, sama ada secara am atau dalam mana-mana kes atau kelas kes tertentu, memberi apa-apa arahan kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkan perlu olehnya atau suai manfaat berkenaan dengan penjalanan kuasa yang diberikan kepada pegawai kanan cukai jualan di bawah subseksyen (1).

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 806 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next