My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 15

Service Tax Act 2018 s 15

s 15 Direction to treat persons as single taxable person

(1) Notwithstanding section 12, where the Director General is satisfied that any separation of business activities is artificial, he may make a direction requiring that— (a) the persons named in that direction be treated as a single taxable person carrying on the business activities described in that direction with effect from the date as specified in the direction; and (b) the single taxable person referred to in paragraph (a) to be registered with effect from the date as specified in the direction. (2) For the purposes of subsection (1), in determining whether any separation of business activities is artificial, regard shall be had to the extent to which the different persons carrying on those business activities are closely bound to one another by financial, economic and organizational links. (3) The Director General may make a direction under subsection (1) naming any person if the Director General is satisfied that— (a) the person is providing or has provided any taxable service; (b) the activities in the course of which the person provides or has provided those taxable service form only part of certain activities in the business and that the other activities in that business, whether or not that other activities are similar to the activities carried on by that person, are being carried on concurrently or previously, or both, by one or more other persons; and (c) if all the taxable services provided in that business were taken into account, the person carrying on that business would, at the time of such direction is made, be required to be registered by virtue of section 12. (4) Any direction made under subsection (1) shall be served on each of the persons named in it. (5) Where, after a direction had been made under subsection (1), it appears to the Director General that any person who has not been named in that direction is providing any taxable services in the course of activities which should be regarded as part of the business activities, the Director General may make and serve on that person a supplementary direction adding that person’s name to those of the persons named in the direction under subsection (1). (6) Upon the addition of the person’s name in the direction under subsection (5), that person shall be treated as a single taxable person carrying on the business activities described in the direction under subsection (1) with effect from the date as specified in the direction. (7) Where, immediately before any direction including a supplementary direction is made, any person named in the direction has been registered in respect of the taxable service provided by him as specified in subsection (3) or (5), his registration shall be revoked by the Director General with effect from the date the single taxable person is registered under subsection (1). (8) Upon the revocation of registration under subsection (7), the person whose registration has been revoked together with all other persons named in the direction under subsection (1) shall be treated as a single taxable person. (9) In relation to a business specified in a direction, the persons named in such direction together with any person named in a supplementary direction relating to that business, being the persons who together are to be treated as a single taxable person, are referred to as “the constituent members” in subsections (10) and (11). (10) Where any direction is made under subsection (1)— (a) the single taxable person carrying on the business specified in the direction shall be registered in such name as the persons named in the direction may jointly nominate by notice in writing given to the Director General not later than fourteen days after the date the direction is served on the last of such persons named in the direction or, in default of such nomination, in such name as may be specified in the direction; (b) any taxable service provided by one of the constituent members in the course of the activities of the single taxable person shall be treated as being taxable service provided by the single taxable person; (c) each of the constituent members shall be jointly and severally liable for any service tax due and payable by the single taxable person; (d) without prejudice to paragraph (c), any failure by the single taxable person to comply with any requirement imposed under this Act shall be treated as a failure by each of the constituent members severally; and (e) subject to paragraphs (a) to (d), the constituent members shall be treated as a partnership carrying on the business of the single taxable person and any question as to the scope of the activities of that business at any time shall be determined accordingly. (11) Where it appears to the Director General that any person who is one of the constituent members should no longer be regarded as such for the purposes of paragraphs (10)(c) and (d) and the Director General gives notice in writing to that effect, that person— (a) shall not have any liability by virtue of paragraphs (10)(c) and (d) for anything done after the date specified in that notice; and (b) on the date as specified in the notice, shall be treated as having ceased to be a member of the partnership referred to in paragraph (10)(e).

Malay text (authoritative)

Arahan untuk menganggap orang sebagai orang kena cukai tunggal

(1) Walau apa pun seksyen 12, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, Ketua Pengarah boleh membuat suatu arahan yang menghendaki supaya— (a) orang yang dinamakan dalam arahan itu dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan itu berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu; dan (b) orang kena cukai tunggal yang disebut dalam perenggan (a) didaftarkan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada apa-apa pengasingan aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, hendaklah diambil kira setakat yang orang yang berlainan yang menjalankan aktiviti perniagaan itu berkait rapat antara satu sama lain melalui hubungan kewangan, ekonomi dan organisasi. (3) Ketua Pengarah boleh membuat arahan di bawah subseksyen (1) dengan menamakan mana-mana orang jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa— (a) orang itu memberikan atau telah memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai; (b) aktiviti yang dalam penjalanannya orang itu memberikan atau telah memberikan perkhidmatan bercukai tersebut menjadi hanya sebahagian daripada aktiviti tertentu dalam perniagaan itu dan bahawa aktiviti lain dalam perniagaan itu, sama ada atau tidak aktiviti lain itu serupa dengan aktiviti yang dijalankan oleh orang itu, dijalankan serentak atau dijalankan sebelum itu, atau kedua-duanya, oleh seorang yang lain atau lebih daripada seorang yang lain; dan (c) jika semua perkhidmatan bercukai yang diberikan dalam perniagaan itu diambil kira, orang yang menjalankan perniagaan itu akan, pada masa arahan itu dibuat, dikehendaki untuk berdaftar menurut kuasa seksyen 12. (4) Apa-apa arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada setiap orang yang dinamakan dalam arahan itu. (5) Jika, selepas suatu arahan telah dibuat di bawah subseksyen (1), ternyata pada Ketua Pengarah bahawa mana-mana orang yang tidak dinamakan dalam arahan itu sedang memberikan apa-apa perkhidmatan bercukai dalam penjalanan aktiviti yang patut dianggap sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan itu, Ketua Pengarah boleh membuat dan menyampaikan kepada orang itu suatu arahan tambahan yang menambah nama orang itu kepada nama orang yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1). (6) Apabila nama orang itu ditambah dalam arahan di bawah subseksyen (5), orang itu hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal yang menjalankan aktiviti perniagaan yang diperihalkan dalam arahan di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam arahan itu. (7) Jika, sebaik sebelum apa-apa arahan termasuk arahan tambahan dibuat, mana-mana orang yang dinamakan dalam arahan itu telah didaftarkan berkenaan dengan perkhidmatan bercukai yang diberikan olehnya sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3) atau (5), pendaftarannya hendaklah dibatalkan oleh Ketua Pengarah berkuat kuasa dari tarikh orang kena cukai tunggal didaftarkan di bawah subseksyen (1). (8) Apabila pendaftaran di bawah subseksyen (7) dibatalkan, orang yang pendaftarannya telah dibatalkan itu bersama dengan semua orang lain yang dinamakan dalam arahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggap sebagai orang kena cukai tunggal. (9) Berhubung dengan suatu perniagaan yang dinyatakan dalam suatu arahan, orang yang dinamakan dalam arahan itu bersama dengan mana-mana orang yang dinamakan dalam suatu arahan tambahan yang berhubungan dengan perniagaan itu, sebagai orang yang bersama-sama dianggap sebagai orang kena cukai tunggal, disebut sebagai “anggota konstituen” dalam subseksyen (10) dan (11). (10) Jika apa-apa arahan dibuat di bawah subseksyen (1)— (a) orang kena cukai tunggal yang menjalankan perniagaan yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah didaftarkan atas apa-apa nama sebagaimana yang dicadangkan oleh orang yang dinamakan dalam arahan itu secara bersesama melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh arahan itu disampaikan kepada orang yang terakhir daripada orang yang dinamakan dalam arahan itu atau, jika tiada apa-apa cadangan, atas apa-apa nama yang dinyatakan dalam arahan itu; (b) apa-apa perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh salah seorang anggota konstituen dalam penjalanan aktiviti orang kena cukai tunggal itu hendaklah dianggap sebagai perkhidmatan bercukai yang diberikan oleh orang kena cukai tunggal itu; (c) setiap anggota konstituen hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai tunggal itu; (d) tanpa menjejaskan perenggan (c), apa-apa kegagalan oleh orang kena cukai tunggal itu untuk mematuhi apa-apa kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini hendaklah dianggap sebagai kegagalan oleh setiap anggota konstituen secara berasingan; dan (e) tertakluk kepada perenggan (a) hingga (d), anggota konstituen hendaklah dianggap sebagai suatu perkongsian yang menjalankan perniagaan orang kena cukai tunggal dan apa-apa persoalan mengenai skop aktiviti perniagaan itu pada bila-bila masa hendaklah ditentukan dengan sewajarnya. (11) Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa mana-mana orang yang merupakan salah seorang daripada anggota konstituen tidak lagi patut dianggap sedemikian bagi maksud perenggan (10)(c) dan (d) dan Ketua Pengarah memberikan notis secara bertulis bagi maksud sedemikian, orang itu— (a) tidak lagi mempunyai apa-apa tanggungan menurut kuasa perenggan (10)(c) dan (d) bagi apa-apa jua yang dilakukan selepas tarikh yang dinyatakan dalam notis itu; dan (b) pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, hendaklah dianggap sebagai telah terhenti menjadi anggota perkongsian yang disebut dalam perenggan (10)(e).

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next