LawPlayer
My bookmarks
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 2

Service Tax Act 2018 s 2

Act no.
Act 807
Type
Act
Data synced
23 September 2026
Cite as
Service Tax Act 2018 [Act 807], s 2

s 2 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “this Act” includes any subsidiary legislation made under this Act; “service tax” means the tax payable under this Act; “prescribed” means prescribed by the Minister in the regulations made under this Act; “document” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950 [Act 56]; “licensed warehouse” means any warehouse or place licensed under section 65 of the Customs Act 1967 [Act 235]; “licensed manufacturing warehouse” means a licensed warehouse in respect of which an additional licence to carry on any manufacturing process has been granted under section 65a of the Customs Act 1967; “designated areas” means Labuan, Langkawi and Tioman; “special areas” means any free zone, licensed warehouse and licensed manufacturing warehouse, and the Joint Development Area; “Joint Development Area” has the meaning assigned to it under section 2 of the Malaysia-Thailand Joint Authority Act 1990 [Act 440]; “customs ruling” means any customs ruling made by the Director General under section 43; “Director General” means the Director General of Customs and Excise appointed under subsection 3(1) of the Customs Act 1967; “computer” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950; “Labuan” means the Island of Labuan and its dependent islands, namely, Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan and Daat; “Langkawi” means the Island of Langkawi and all adjacent islands lying nearer to Langkawi Island than to the mainland; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance; “registered person” means a person registered under section 13 or 14; “taxable person” means a registered person or a person who is liable to be registered under section 12; “officer of service tax” means any officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967 and includes any person employed under subsection 3(3); “proper officer of service tax” means any senior officer of service tax or officer of service tax acting in the fulfilment of his duties under this Act, whether such duties are assigned to him specially or generally, or expressly or by implication; “senior officer of service tax” means any senior officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967; “regulations” means regulations made under section 91; “taxable service” means any service which is prescribed to be a taxable service under section 8; “limited liability partnership” has the meaning assigned to it under section 2 of the Limited Liability Partnership Act 2012 [Act 743]; “business” includes any trade, commerce, profession or vocation, or any concern in the nature of trade, commerce, profession or vocation; “surcharge” means the surcharge referred to in subsection 32(3); “effective date” means the date appointed under subsection 1(3); “taxable period” means any period as determined or provided for under section 25; “Tioman” means the Island of Tioman and the islands of Soyak, Rengis, Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi and Jahat; “Customs Appeal Tribunal” means the Customs Appeal Tribunal established under section 141b of the Customs Act 1967; “free zone” has the meaning assigned to it under subsection 2(1) of the Free Zones Act 1990 [Act 438].

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; “cukai perkhidmatan” ertinya cukai yang kena dibayar di bawah Akta ini; “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “gudang berlesen” ertinya apa-apa gudang atau tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “gudang pengilangan berlesen” ertinya suatu gudang berlesen yang berkenaan dengannya suatu lesen tambahan untuk menjalankan apa-apa proses pengilangan telah diberikan di bawah seksyen 65a Akta Kastam 1967; “kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi dan Tioman; “kawasan khas” ertinya mana-mana zon bebas, gudang berlesen dan gudang pengilangan berlesen, dan Kawasan Pembangunan Bersama; “Kawasan Pembangunan Bersama” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 1990 [Akta 440]; “ketetapan kastam” ertinya apa-apa ketetapan kastam yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 43; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967; “komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950; “Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau-pulau tanggungannya, iaitu, Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan Daat; “Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau Langkawi daripada tanah besar; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang berdaftar” ertinya orang yang didaftarkan di bawah seksyen 13 atau 14; “orang kena cukai” ertinya orang berdaftar atau orang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 12; “pegawai cukai perkhidmatan” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang diambil kerja di bawah subseksyen 3(3); “pegawai cukai perkhidmatan yang hak” ertinya mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan atau pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak dalam menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini, sama ada kewajipan itu diberikan kepadanya secara khusus atau am, atau secara nyata atau tersirat; “pegawai kanan cukai perkhidmatan” ertinya mana-mana pegawai kanan kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 91; “perkhidmatan bercukai” ertinya apa-apa perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan bercukai di bawah seksyen 8; “perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 2 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 [Akta 743]; “perniagaan” termasuklah apa-apa tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan, atau apa-apa usaha daripada jenis tred, perdagangan, profesion atau pekerjaan; “surcaj” ertinya surcaj yang disebut dalam subseksyen 32(3); “tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3); “tempoh bercukai” ertinya apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau diperuntukkan di bawah seksyen 25; “Tioman” ertinya Pulau Tioman dan pulau-pulau Soyak, Rengis, Tumok, Tulai, Chebeh, Labas, Sepoi dan Jahat; “Tribunal Rayuan Kastam” ertinya Tribunal Rayuan Kastam yang ditubuhkan di bawah seksyen 141b Akta Kastam 1967; “zon bebas” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438].

Read this section in the full act → · Open Part I →

DATA NOTES

About the data

Source

This page

Law
Service Tax Act 2018, s 2 is headed “Interpretation” and is a provision of Malaysian federal legislation.
Text
The text of Service Tax Act 2018, s 2 begins “(1) In this Act, unless the context otherwise requires…”.
Location
Service Tax Act 2018, s 2 is placed under “Part I: PRELIMINARY”.
Previous
On LawPlayer, the provision listed immediately before Service Tax Act 2018, s 2 is s 1.
Next
On LawPlayer, the provision listed immediately after Service Tax Act 2018, s 2 is s 3.
Synced
LawPlayer last synced the text of Service Tax Act 2018 from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers) on 23 September 2026.
Service Tax Act 2018, s 2 is reproduced on LawPlayer from Laws of Malaysia (Attorney General's Chambers).

Source

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).Laws of Malaysia (AGC)

About

LawPlayer is a privately run legal research website for reading Malaysian federal Acts section by section, built for lawyers, in-house counsel and students who need to check the statutory text quickly.Malaysian law entry

What to look at next