My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 29

Service Tax Act 2018 s 29

s 29 Power to collect service tax, etc., from person owing money to taxable person

(1) Where any sum by way of service tax is due and payable, surcharge is accrued, or penalty, fee or other money is payable, by a taxable person, the Director General may, by notice in writing, requireβ€” (a) any person by whom any money is due or accruing or may become due and payable to the taxable person; (b) any person who holds or may subsequently hold money for or on account of the taxable person; (c) any person who holds or may subsequently hold money for or on account of any person for payment to the taxable person; or (d) any person having authority from any other person to pay money to the taxable person, to pay to the Director General forthwith, or within such time as the Director General allows, such money, not being salary or wages due or accruing to the taxable person, or so much of such money as is sufficient to pay the sum due and payable, accruing or payable by the taxable person as aforesaid. (2) A copy of the notice under subsection (1) shall be forwarded to the taxable person at his last known address. (3) All payments made pursuant to a notice under this subsection (1) shall be deemed to be made on behalf of the taxable person and with the authority of the taxable person and all other persons concerned. (4) For the purposes of this section, the Director General may require any person to give him informationβ€” (a) as to any money, fund or asset which may be held by the person for any other person; or (b) of any money due and payable by him to any other person.

Malay text (authoritative)

Kuasa untuk memungut cukai perkhidmatan, dsb., daripada orang yang terhutang wang pada orang kena cukai

(1) Jika apa-apa jumlah wang melalui cukai perkhidmatan terhutang dan kena dibayar, surcaj terakru, atau penalti, fi atau wang lain kena dibayar, oleh orang kena cukai, Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, menghendakiβ€” (a) mana-mana orang yang olehnya apa-apa wang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai itu; (b) mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk orang kena cukai itu; (c) mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau untuk mana-mana orang untuk pembayaran kepada orang kena cukai itu; atau (d) mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang itu, yang bukan gaji atau upah yang terhutang atau terakru kepada orang kena cukai itu, atau sekian banyak daripada wang itu yang cukup untuk membayar jumlah wang yang terhutang dan kena dibayar, terakru atau kena dibayar itu oleh orang kena cukai itu sebagaimana yang disebut terdahulu. (2) Suatu salinan notis di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada orang kena cukai di alamatnya yang terakhir diketahui. (3) Semua bayaran yang dibuat menurut suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang kena cukai itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan. (4) Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan kepadanya maklumatβ€” (a) mengenai apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu bagi pihak mana-mana orang lain; atau (b) mengenai apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 807 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next