My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 31

Service Tax Act 2018 s 31

s 31 Recovery of service tax, etc., from persons about to leave Malaysia without paying service tax, etc.

(1) Where the Director General has reason to believe that any person is about or is likely to leave Malaysia without paying— (a) any service tax due and payable by him under subsection 26(4); (b) any penalty payable by him under subsection 26(8); (c) any surcharge accrued by him under subsection 32(3); (d) any fee payable by him under this Act; or (e) any other money recoverable from him under this Act, the Director General may issue to the Director General of Immigration a notice containing particulars of the person and the offence committed with a request that the person be prevented from leaving Malaysia unless he pays the service tax, surcharge, penalty, fee or other money, or furnishes security to the satisfaction of the Director General for its payment. (2) Subject to any order issued or made under any written law for the time being in force relating to immigration, the Director General of Immigration who receives a request under subsection (1) in respect of a person shall exercise all measures which may include the removal and retention of any certificate of identity, passport, exit permit or other travel documents in relation to that person as may be necessary to give effect to the request. (3) The Director General shall cause the notice under subsection (1) to be served personally or by registered post on the person to whom the notice relates. (4) The non-receipt of the notice under subsection (1) by the person referred to in subsection (3) shall not invalidate anything done under this section. (5) Where the person in respect of whom a notice has been issued under subsection (1) produces, on or after the date of the notice, a written statement signed by the Director General stating that all the service tax, surcharge, penalty, fee or other money specified in the notice have been paid, or that security has been furnished for its payment, that statement shall be sufficient authority for allowing that person to leave Malaysia. (6) No legal proceedings shall be instituted or maintained against the Federal Government, a State Government or any other public officer in respect of anything lawfully done under this section.

Malay text (authoritative)

Mendapatkan balik cukai perkhidmatan, dsb., daripada orang yang hendak meninggalkan Malaysia tanpa membayar cukai perkhidmatan, dsb.

(1) Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana orang hendak atau berkemungkinan akan meninggalkan Malaysia tanpa membayar— (a) apa-apa cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(4); (b) apa-apa penalti yang kena dibayar olehnya di bawah subseksyen 26(8); (c) apa-apa surcaj yang terakru olehnya di bawah subseksyen 32(3); (d) apa-apa fi yang kena dibayar olehnya di bawah Akta ini; atau (e) apa-apa wang lain yang boleh didapatkan balik daripadanya di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada Ketua Pengarah Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dia membayar cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu, atau mengemukakan jaminan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya. (2) Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen yang menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk mengambil dan menahan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubung dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan permintaan itu. (3) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis di bawah subseksyen (1) disampaikan secara ke diri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang berhubungan dengan permintaan itu. (4) Ketidakterimaan notis di bawah subseksyen (1) oleh orang yang disebut dalam subseksyen (3) tidak boleh menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen ini. (5) Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan, pada atau selepas tarikh notis itu, suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa semua cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar, atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan Malaysia. (6) Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam lain berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next