s 5 Recognition of office
(1) Every officer of service tax when discharging his duties shall, on demand made by any person, declare his office and produce to the person the authority card or badge prescribed under section 8a of the Customs Act 1967 or in the case of any officer of service tax not being an officer of customs, any other authority card as may be approved by the Director General.
(2) It shall not be an offence for any person to refuse to comply with any request, demand or order made by any officer of service tax acting or purporting to act under this Act if the officer refuses to declare his office and produce his authority card or badge on demand being made by the person.
(3) Any person, not being an officer of service tax, who unlawfully wears, uses, possesses or displays, otherwise than in the course of a stage play or other theatrical performance—
(a) any uniform prescribed under section 8a of the Customs Act 1967 or any dress having the appearance of, or bearing the distinctive marks of, such uniform; or
(b) any prescribed authority card or badge, or authority card as approved by the Director General, referred to in subsection (1),
commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Malay text (authoritative)
Pengiktirafan jawatan
(1) Tiap-tiap pegawai cukai perkhidmatan apabila menunaikan kewajipannya hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana orang, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang itu kad kuasa atau lencana yang ditetapkan di bawah seksyen 8a Akta Kastam 1967 atau dalam hal mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bukan pegawai kastam, apa-apa kad kuasa lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2) Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta oleh orang itu.
(3) Mana-mana orang, yang bukan seorang pegawai cukai perkhidmatan, yang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan dengan cara yang menyalahi undang-undang, selain semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater yang lain—
(a) apa-apa pakaian seragam yang ditetapkan di bawah seksyen 8 a Akta Kastam 1967 atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti, atau yang mengandungi tanda tersendiri yang terdapat pada, pakaian seragam itu; atau
(b) apa-apa kad kuasa atau lencana yang ditetapkan, atau kad kuasa sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, yang disebut dalam subseksyen (1),
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.