My bookmarksSign up free
← Service Tax Act 2018

Service Tax Act 2018 s 60

Service Tax Act 2018 s 60

s 60 Magistrate may issue search warrant

(1) Whenever it appears to any Magistrate, upon written information upon oath and after any inquiry which he may think necessary, that there is reasonable cause to believe that in any place, premises or conveyance, there are concealed or deposited any goods, documents, articles or things which may afford evidence of the commission of an offence under this Act, the Magistrate may issue a warrant authorizing any senior officer of service tax named therein, at any time and with or without assistance— (a) to enter the place, premises or conveyance and to search for and seize the goods, documents, articles or things; and (b) to arrest any person being in the place, premises or conveyance in whose possession the goods, documents, articles or things are found or who may reasonably be suspected as having concealed or deposited such goods, documents, articles or things. (2) The senior officer of service tax authorized under subsection (1) may, if it is necessary so to do— (a) break open any outer or inner door of the place, premises or conveyance and enter every part thereof, if necessary forcibly; (b) remove by force any obstruction to the entry to search or to seize as he is empowered to effect; and (c) detain every person found in the place, premises or conveyance until the search has been completed.

Malay text (authoritative)

Majistret boleh mengeluarkan waran geledah

(1) Apabila mana-mana Majistret mendapati, berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkan perlu olehnya, bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam mana-mana tempat, premis atau pengangkut, ada disembunyikan atau disimpan apa-apa barang, dokumen, artikel atau benda yang boleh memberikan keterangan mengenai pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan cukai perkhidmatan yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa dan dengan atau tanpa bantuan— (a) untuk memasuki tempat, premis atau pengangkut itu dan untuk menggeledah dan menyita barang, dokumen, artikel atau benda itu; dan (b) untuk menangkap mana-mana orang yang berada di dalam tempat, premis atau pengangkut itu yang dalam milikannya barang, dokumen, artikel atau benda itu dijumpai atau yang disyaki dengan munasabah sebagai telah menyembunyikan atau menyimpan barang, dokumen, artikel atau benda itu. (2) Pegawai kanan cukai perkhidmatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) boleh, jika perlu untuk berbuat demikian— (a) memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam tempat, premis atau pengangkut itu dan memasuki tiap-tiap bahagiannya, jika perlu dengan kekerasan; (b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan untuk menggeledah atau menyita sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melakukannya; dan (c) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di dalam tempat, premis atau pengangkut itu sehingga penggeledahan itu selesai.

Read this section in the full act → · Open Part X →

Find Act 807 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next