My bookmarksSign up free
← Pawnbrokers Act 1972

Pawnbrokers Act 1972 s 27

Pawnbrokers Act 1972 s 27

s 27 Treasury to pay lawful claimant

(1) If any claimant makes any demand against the Treasury for any unclaimed surplus paid to the Consolidated Trust Account pursuant to section 26, the Treasury upon being satisfied that the claimant is the owner of the surplus, shall authorize payment thereof to be made to him out of the Consolidated Trust Account or, if the unclaimed money had been paid into the Consolidated Revenue Account, the Minister of Finance may direct payment of a like amount to be made to him; and such amount shall be charged upon the Consolidated Fund and be payable out of the Consolidated Revenue Account. (2) Where any unclaimed surplus paid to any claimant is afterwards claimed by any other person, that other person shall not be entitled to the payment thereof but may have recourse against the claimant to whom the surplus has been paid.

Malay text (authoritative)

Perbendaharaan hendaklah membayar pihak menuntut yang sah

(1) Jika mana-mana pihak menuntut membuat sesuatu tuntutan terhadap Perbendaharaan untuk mendapatkan apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang telah dibayar kepada Akaun Amanah Disatukan menurut seksyen 26, Perbendaharaan setelah berpuas hati bahawa pihak menuntut itu ialah pemunya lebihan itu, hendaklah membenarkan pembayaran itu dibuat kepadanya daripada Akaun Amanah Disatukan atau, jika wang yang tidak dituntut itu telah dibayar kepada Akaun Hasil Disatukan, Menteri Kewangan boleh mengarahkan pembayaran wang sejumlah itu dibuat kepadanya; dan jumlah wang itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan dan kena dibayar daripada Akaun Hasil Disatukan. (2) Jika apa-apa lebihan yang tidak dituntut yang telah dibayar kepada mana-mana pihak menuntut yang kemudiannya dituntut oleh mana-mana orang lain, orang lain itu tidak berhak mendapat bayaran lebihan itu, tetapi orang lain itu boleh membuat tuntutan terhadap pihak menuntut yang telah dibayar lebihan itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 81 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next