s 5 Powers of the Corporation
(1) The Corporation shall have power—
(a) to establish, manage and maintain or cause to be managed and maintained any golf course for use in connection with golf or such other sports, games, recreation or pastimes, as the Corporation deems fit;
(b) to acquire by purchase, gift or otherwise movable and immovable property and any interest therein, and to dispose of or otherwise deal with any movable or immovable property or any interest therein so acquired by the Corporation;
(c) to erect any building on any immovable property of the Corporation or on any immovable property with respect to which any contract or arrangement has been made under paragraph (d) and lay out and prepare such property for any sports, games, recreation or pastimes which may suitably or conveniently be held thereon, to provide stands, pavilions, gymnasiums, refreshment rooms, shops, stalls, lavatories and such other amenities and conveniences in connection therewith as the Corporation deems fit;
(d) to enter into any contract or arrangement by way of lease or otherwise with respect to any golf course or any building or amenities thereon or with respect to any property with any person, body of persons or any public authority subject to such terms and conditions as may be approved by the Minister;
(e) to maintain or reconstruct any building standing on the Corporation’s land;
(f) to sell, lease or sublease or otherwise dispose of such land as may not be required for sporting activities upon such terms and conditions as may be approved by the Minister;
(g) to hold or promote any sports, games, athletics, recreation or pastimes, and to grant or contribute towards prizes, awards and distinctions;
(h) to carry on the business of licensed victuallers and refreshment purveyors;
(i) with the approval of the Minister, to use or permit the use of any property of the Corporation for such purposes as the Corporation may determine in addition to the purposes which are referred to in this section;
(j) to appoint such officers, agents and servants on such terms as to remuneration and otherwise as the Corporation may determine; and
(k) with the approval of the Minister, to develop all such land as may not be required for golf course or other sporting or recreational activities for industrial or housing purposes or as parks, gardens or other social amenities; and for the purpose of this paragraph the Corporation may enter into any contract or arrangement with any person, body of persons or public authority.
(2) Without prejudice to the generality of subsection (1), the Corporation shall be responsible for the management and control of the Subang Golf Course in accordance with this Act.
Malay text (authoritative)
Kuasa Perbadanan
(1) Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa—
(a) untuk menubuhkan, menguruskan dan menyenggara atau menyebabkan supaya diuruskan dan disenggara mana-mana padang golf untuk digunakan berkaitan dengan sukan golf atau apa-apa sukan lain, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang, yang disifatkan patut oleh Perbadanan;
(b) untuk memperoleh melalui pembelian, hadiah atau selainnya harta alih dan harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenainya, dan untuk melupuskan atau selainnya berurusan dengan apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang diperoleh sedemikian oleh Perbadanan;
(c) untuk mendirikan apa-apa bangunan di atas mana-mana harta tak alih kepunyaan Perbadanan atau di atas manamana harta tak alih yang berkenaan dengannya apa-apa kontrak atau perkiraan telah dibuat di bawah perenggan
(d) dan menyusun atur dan menyediakan harta itu untuk apa-apa sukan, permainan, rekreasi atau kegiatan masa lapang yang sesuai atau mudah diadakan di situ, untuk mengadakan tempat letak, astaka, gimnasium, bilik jamuan ringan, kedai, gerai, tandas dan apa-apa kesenangan dan kemudahan lain yang berkaitan dengannya sebagaimana yang disifatkan patut oleh Perbadanan;
(d) untuk membuat apa-apa kontrak atau perkiraan melalui pajakan atau selainnya berkenaan dengan mana-mana padang golf atau mana-mana bangunan atau kesenangan di atasnya atau berkenaan dengan mana-mana harta dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau manamana pihak berkuasa awam tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;
(e) untuk menyenggara atau membina semula mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah Perbadanan;
(f) untuk menjual, membuat pajakan atau pajakan kecil atau selainnya melupuskan mana-mana tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti sukan atas apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri;
(g) untuk mengadakan atau memajukan apa-apa sukan, permainan, olahraga, rekreasi atau kegiatan masa lapang, dan untuk memberikan atau menyumbang hadiah, anugerah dan penghormatan;
(h) untuk menjalankan perniagaan sebagai pembekal makan minum dan pembekal makanan dan minuman ringan berlesen;
(i) dengan kelulusan Menteri, untuk menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa harta Perbadanan bagi apa-apa maksud yang ditentukan oleh Perbadanan sebagai tambahan kepada maksud yang disebut dalam seksyen ini;
(j) untuk melantik mana-mana pegawai, ejen dan pekhidmat atas apa-apa terma tentang saraan dan selainnya yang ditentukan oleh Perbadanan; dan
(k) dengan kelulusan Menteri, untuk memajukan semua tanah yang tidak dikehendaki untuk aktiviti padang golf atau sukan lain atau rekreasi bagi maksud perindustrian atau perumahan atau sebagai taman, taman bunga atau kesenangan sosial lain; dan bagi maksud perenggan ini Perbadanan boleh membuat apa-apa kontrak atau perkiraan dengan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan Padang Golf Subang mengikut Akta ini.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).