My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 19

s 19 Furnishing of returns

(1) Every registered person shall— (a) account for the departure levy due on a monthly period in the return as may be prescribed; and (b) furnish the return to the Director General in the prescribed manner not later than the last day of the month following the end of the monthly period to which the return relates. (2) Any registered person who ceases to be registered under section 16 shall, not later than thirty days after such cessation or such later date as the Director General may allow, furnish a return as the Director General may determine in respect of that part of the last period during which the person was registered. (3) The return referred to in subsections (1) and (2) shall be furnished whether or not there is any departure levy to be paid. (4) Any registered person who fails to furnish a return commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan penyata

(1) Tiap-tiap orang berdaftar hendaklah— (a) mengakaunkan levi pelepasan yang genap masa mengikut tempoh bulanan dalam penyata itu sebagaimana yang ditetapkan; dan (b) mengemukakan penyata itu kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditetapkan tidak lewat daripada hari terakhir bulan itu selepas berakhirnya tempoh bulanan yang berhubungan dengan penyata itu. (2) Mana-mana orang berdaftar yang terhenti daripada didaftarkan di bawah seksyen 16 hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas pemberhentian itu atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh yang terakhir itu yang dalamnya orang itu didaftarkan. (3) Penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dikemukakan sama ada terdapat apa-apa levi pelepasan yang kena dibayar atau tidak. (4) Mana-mana orang berdaftar yang tidak mengemukakan penyata melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 813 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next