My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 20

s 20 Payment of departure levy

(1) Any registered person who is required to furnish a return under section 19 shall pay to the Director General the amount of departure levy due and payable by the registered person in respect of the period to which the return relates not later than the last day on which the operator is required to furnish the return. (2) Where any departure levy due and payable is not paid wholly or partly by any registered person after the last day on which the departure levy is due and payable under subsection (1) and no prosecution is instituted, the registered person shall payβ€” (a) for the first thirty-day period that the departure levy is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (1), a penalty of ten per cent of the amount of the departure levy remaining unpaid; (b) for the second thirty-day period that the departure levy is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (1) an additional penalty of fifteen per cent of the amount of the departure levy remaining unpaid; and (c) for the third thirty-day period that the departure levy is not paid wholly or partly after the expiry of the period specified under subsection (1) an additional penalty of fifteen per cent of the amount of the departure levy remaining unpaid. (3) Any registered person who fails to pay to the Director General the amount of the departure levy due and payable under subsection (1), commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both. (4) In addition to any fine imposed by the court under subsection (3), the court may order any registered person who is convicted for an offence under subsection (3) to pay the penalty as specified in subsection (2).

Malay text (authoritative)

Pembayaran levi pelepasan

(1) Mana-mana orang berdaftar yang dikehendaki untuk mengemukakan penyata di bawah seksyen 19 hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar oleh orang berdaftar itu yang berkenaan dengan tempoh yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang pengendali itu dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu. (2) Jika apa-apa levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang berdaftar selepas hari terakhir levi pelepasan itu genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) dan tiada pendakwaan dimulakan, orang berdaftar itu hendaklah membayarβ€” (a) bagi tempoh tiga puluh hari pertama yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti sebanyak sepuluh peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar; (b) bagi tempoh tiga puluh hari kedua yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar; dan (c) bagi tempoh tiga puluh hari ketiga yang levi pelepasan itu tidak dibayar secara keseluruhannya atau sebahagiannya selepas habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (1), suatu penalti tambahan sebanyak lima belas peratus daripada amaun levi pelepasan itu yang masih belum dibayar. (3) Mana-mana orang berdaftar yang tidak membayar kepada Ketua Pengarah amaun levi pelepasan yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (4) Sebagai tambahan kepada apa-apa denda yang dikenakan oleh mahkamah di bawah subsekyen (3), mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana orang berdaftar yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membayar penalti yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part V β†’

Find Act 813 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next