My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 3

s 3 Interpretation

(1) In this Act, unless the context otherwise requires— “prescribed” means prescribed by the Minister in the regulations made under this Act; “document” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950 [Act 56]; “electronic” has the meaning assigned to it under section 5 of the Electronic Government Activities Act 2007 [Act 680]; “Director General” means the Director General of Customs and Excise, appointed under subsection 3(1) of the Customs Act 1967 [Act 235]; “computer” has the meaning assigned to it under section 3 of the Evidence Act 1950; “departure levy” means a levy payable under this Act; “Minister” means the Minister charged with the responsibility for finance; “person” includes an individual, a company, limited liability partnership, firm, society and every other juridical person; “registered person” means any operator or agent of foreign operator registered under section 15; “officer of customs” means any officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967 and includes any person appointed and employed under subsection 4(4); “senior officer of customs” means any officer of customs as defined in subsection 2(1) of the Customs Act 1967; “operator” means any person who operates any vehicle to carry any person leaving Malaysia and “foreign operator” means any person, who operates any vehicle to carry any person leaving Malaysia, but who has no business or place of business in Malaysia; “effective date” means the date appointed under subsection 1(3).

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; “dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56]; “elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680]; “Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais, yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kastam 1967 [Akta 235]; “komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 3 Akta Keterangan 1950; “levi pelepasan” ertinya suatu levi yang kena dibayar di bawah Akta ini; “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan; “orang” termasuklah seorang individu, suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan dan tiap-tiap orang juridikal lain; “orang berdaftar” ertinya mana-mana pengendali atau ejen pengendali asing berdaftar di bawah seksyen 15; “pegawai kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967 dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik dan diambil kerja di bawah subseksyen 4(4); “pegawai kanan kastam” ertinya mana-mana pegawai kastam yang ditakrifkan dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967; “pengendali” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia dan “pengendali asing” ertinya mana-mana orang, yang mengendalikan apa-apa kenderaan untuk membawa mana-mana orang meninggalkan Malaysia, tetapi tidak mempunyai perniagaan atau tempat perniagaan di Malaysia; “tarikh efektif” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah subseksyen 1(3).

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 813 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next