s 39 Refusing to answer question or giving false information
(1) Any person who, being required under this Act or the regulations made under this Act to give any information which may reasonably be required by the officer of customs which it is in his power to give, refuses to give the information or furnishes as true the information which he knows or has reason to believe to be false, commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(2) When any of the information is proved to be untrue or incorrect in whole or in part, it shall be no defence to allege that the information or any part of the information was furnished inadvertently or without criminal or fraudulent intent, or was misinterpreted or not fully interpreted by an interpreter provided by the informant.
Malay text (authoritative)
Keengganan untuk menjawab soalan atau memberi maklumat palsu
(1) Mana-mana orang yang, dikehendaki di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk memberikan apa-apa maklumat yang dengan munasabah boleh dikehendaki oleh pegawai kastam yang dalam kuasanya untuk memberi, enggan untuk memberi maklumat itu atau mengemukakan sebagai benar maklumat yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(2) Apabila apa-apa maklumat dibuktikan sebagai tidak benar atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan untuk mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah dikemukakan secara tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud, atau disalahtafsirkan atau tidak ditafsirkan sepenuhnya oleh seorang jurubahasa yang disediakan oleh pemberi maklumat itu.
Read this section in the full act β Β· Open Part VIII β
Find Act 813 on lom.agc.gov.my β
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).