My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 47

s 47 Evidential provisions

(1) In any proceedings under this Act or the regulations made under this Act, any statement purporting to be signed by the Director General or an officer authorized by him which forms part of or is annexed to the information, complaint or statement of claim, shall be prima facie evidence of any fact stated therein. (2) A transcript of any particulars contained in a return or other document relating to departure levy, if it is certified under the hand of the Director General or an officer authorized by him to be a true copy of the particulars, shall be prima facie evidence of the facts stated therein. (3) No statement made or document produced by or on behalf of any person shall be inadmissible in evidence against the person in any proceedings against him to which this section applies, by reason only of the fact that he was or may have been induced to make the statement or produce the document by any inducement, promise or threat made by any person having any official duty under, or being appointed for the due administration of, this Act or the regulations made under this Act. (4) Nothing in this Act shall affect the operation of Chapter IX of Part III of the Evidence Act 1950. (5) Where in any proceedings it is proved that any false statement or entry has been made in any return rendered under this Act by or on behalf of any person or in any books of account or records of any personβ€” (a) the person shall be presumed, until the contrary is proved, to have made the false statement or entry or to have caused the false statement or entry to be made or to have allowed it to be made with intent to evade the payment of departure levy or to obtain a refund of departure levy to which the person is not entitled, as the case may be; and (b) any other person who made the false statement or entry shall be presumed, until the contrary is proved, to have made the false statement or entry with intent to assist the first-mentioned person to evade the payment of departure levy or to obtain a refund of departure levy to which he is not entitled. (6) Where any officer of customs has obtained any document or other evidence in exercise of his powers under this Act, the document or copy of the document or other evidence, as the case may be, shall be prima facie evidence of the facts stated therein, notwithstanding anything to the contrary in any written law. (7) Where any document which is to be used in any proceedings against any person for an offence under this Act or the regulations made under this Act is in a language other than the national language or English language, a translation of the document into the national language or English language shall be admissible in evidence where the translation is accompanied by a certificate of the person who translated the document setting out that it is an accurate, faithful and true translation and the translation had been done by the person at the instance of any officer of customs. (8) Subsection (7) shall apply to a document which is translated, regardless of whether the document was made in or outside Malaysia, or whether possession of the document was obtained by any officer of customs in or outside Malaysia.

Malay text (authoritative)

Peruntukan keterangan

(1) Dalam apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan yang berupa sebagai telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya yang menjadi sebahagian daripada atau yang dilampirkan kepada apa-apa maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya. (2) Suatu transkrip tentang apa-apa butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan levi pelepasan, jika ia diperaku dengan ditandatangani sendiri oleh Ketua Pengarah atau seorang pegawai yang diberi kuasa olehnya sebagai suatu salinan benar butir-butir itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya. (3) Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak mana-mana orang boleh tidak diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam apa-apa prosiding terhadapnya yang seksyen ini terpakai baginya, semata-mata oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan itu atau mengemukakan dokumen itu disebabkan oleh apa-apa dorongan, janji atau ugutan yang dibuat oleh mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi di bawah, atau dilantik bagi pentadbiran wajar, Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini. (4) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menjejaskan pelaksanaan Bab IX Bahagian III Akta Keterangan 1950. (5) Jika dalam apa-apa prosiding dibuktikan bahawa apa-apa pernyataan atau catatan palsu yang telah dibuat dalam apa-apa penyata yang tertera di bawah Akta ini oleh atau bagi pihak mana-mana orang atau dalam apa-apa buku akaun atau rekod mana-mana orangβ€” (a) orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu itu atau telah menyebabkan penyataan atau catatan palsu itu dibuat atau telah membenarkannya dibuat dengan niat untuk mengelak pembayaran levi pelepasan atau untuk memperoleh bayaran balik levi pelepasan yang orang itu tidak berhak kepadanya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan (b) mana-mana orang lain yang membuat apa-apa pernyataan atau catatan palsu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah membuat pernyataan atau catatan palsu dengan niat untuk membantu orang yang mula-mula disebut untuk mengelak pembayaran levi pelepasan atau untuk memperoleh bayaran balik levi pelepasan yang dia tidak berhak. (6) Jika mana-mana pegawai kastam telah memperoleh apa-apa dokumen atau keterangan lain dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, dokumen atau salinan dokumen atau keterangan lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya, walau apa pun, apa-apa yang bertentangan dalam mana-mana undang-undang bertulis. (7) Jika mana-mana dokumen yang hendak digunakan dalam apa-apa prosiding terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini adalah dalam bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris hendaklah diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan suatu perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu ialah terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak mana-mana pegawai kastam. (8) Subseksyen (7) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh mana-mana pegawai kastam di dalam atau di luar Malaysia.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IX β†’

Find Act 813 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next