My bookmarksSign up free
← Departure Levy Act 2019

Departure Levy Act 2019 s 54

s 54 Protection of informers from discovery

(1) Except as hereinafter provided, no witness in any civil or criminal proceedings shall be obliged or permitted to disclose the name, address or any information of an informer or the substance of the information received from him or to state any matter which might lead to his discovery of the informer. (2) If any books, documents or papers which are produced in evidence or liable to inspection in any civil or criminal proceeding contain any entry in which any informer is named or described or which might lead to his discovery, the court shall cause all the passages to be concealed from view or to be obliterated so far only as may be necessary to protect the informer from discovery. (3) If in the trial for any offence under this Act, the court, after full enquiry into the case, believes that the informer wilfully made in his complaint a material statement which he knew or believed to be false or did not believe to be true, or if in any other proceedings the court is of the opinion that justice cannot be fully done between the parties thereto without the discovery of the informer, it shall be lawful for the court to require the production of the original complaint, if in writing, and permit enquiry and require full disclosure, concerning the informer.

Malay text (authoritative)

Perlindungan pemberi maklumat daripada diketahui

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selepas ini, tidak ada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah berkewajipan atau dibenarkan untuk menzahirkan nama, alamat atau apa-apa maklumat pemberi maklumat atau bahan maklumat yang diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin membawa kepada pemberi maklumat itu diketahui. (2) Jika apa-apa buku, dokumen atau kertas yang dikemukakan dalam keterangan atau yang boleh diperiksa dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang dalamnya mana-mana pemberi maklumat dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin membawa kepada dirinya diketahui, mahkamah hendaklah menyebabkan semua petikan itu disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu bagi melindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui. (3) Jika dalam perbicaraan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, mahkamah itu, selepas pemeriksaan penuh tentang kes itu, mempercayai bahawa pemberi maklumat itu membuat dengan sengaja dalam aduannya suatu pernyataan material yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau jika dalam apa-apa prosiding lain mahkamah berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dijalankan sepenuhnya antara pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa pemberi maklumat itu diketahui, adalah sah bagi mahkamah untuk menghendaki pengemukaan aduan asal, jika secara bertulis, dan membenarkan pemeriksaan, dan menghendaki penzahiran penuh berkenaan dengan pemberi maklumat itu.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part IX β†’

Find Act 813 on lom.agc.gov.my β†—

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next