My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 34

Trademarks Act 2019 s 34

s 34 Grounds of opposition

(1) Subject to subsection 35(3), the registration of trademark may be opposed by a registered proprietor if he or his predecessor in business or a person who is under his control or authority has continuously used the trademark— (a) from a date before the use of the applicant’s trademark or his predecessor in business or by a person who is under his control or authority; or (b) from a date before the date of filing of the application by the applicant. (2) Notwithstanding subsection (1), the registration of trademark may be opposed by any person— (a) on any grounds under section 23 or 24; (b) on the ground that the applicant is not the proprietor of the trademark; or (c) subject to subsection (3), on the ground that— (i) it is identical with a well-known trademark in Malaysia and it is to be registered for goods or services which are not identical or not similar to the well-known trademark in Malaysia; or (ii) it is similar to a well-known trademark in Malaysia and it is to be registered for goods or services which are not identical or not similar to the well-known trademark in Malaysia. (3) The ground of opposition under paragraph (2)(c) may be raised where the use of the opposed trademark in relation to the goods or services for which the opposed trademark is sought to be registered— (a) would indicate a connection between those goods or services and the proprietor of the earlier well-known trademark; (b) would create a likelihood of confusion on the part of the public because of such use by the opposed trademark; and (c) would likely damage the interests of the proprietor of the well-known trademark. (4) The ground of opposition referred to in paragraph (2)(c) may only be raised to oppose the registration of an application for registration of trademark made on or after the commencement of this Act.

Malay text (authoritative)

Alasan bangkangan

(1) Tertakluk kepada subseksyen 35(3), pendaftaran cap dagangan boleh dibangkang oleh tuan punya berdaftar jika dia atau pendulunya dalam perniagaan atau orang yang berada di bawah kawalan atau kuasanya telah menggunakan cap dagangan itu secara berterusan— (a) dari tarikh sebelum penggunaan cap dagangan pemohon atau pendulunya dalam perniagaan atau oleh seseorang yang berada di bawah kawalan atau kuasanya; atau (b) dari tarikh sebelum tarikh pemfailan permohonan oleh pemohon. (2) Walau apa pun subseksyen (1), pendaftaran cap dagangan boleh dibangkang oleh mana-mana orang— (a) atas apa-apa alasan di bawah seksyen 23 atau 24; (b) atas alasan bahawa pemohon bukan tuan punya cap dagangan itu; atau (c) tertakluk kepada subseksyen (3), atas alasan bahawa— (i) cap dagangan itu serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia dan ia hendak didaftarkan untuk barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia itu; atau (ii) cap dagangan itu hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia dan ia hendak didaftarkan untuk barang-barang atau perkhidmatan yang tidak serupa atau tidak hampir serupa dengan cap dagangan terkenal di Malaysia itu. (3) Alasan bangkangan di bawah perenggan (2)(c) boleh dibangkitkan jika penggunaan cap dagangan yang dibangkang itu berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan yang dibangkang itu hendak didaftarkan— (a) akan menunjukkan hubungan antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan tuan punya cap dagangan terkenal yang terdahulu itu; (b) akan mewujudkan kebarangkalian kekeliruan kepada orang awam kerana penggunaan sedemikian cap dagangan yang dibangkang itu; dan (c) berkemungkinan akan menjejaskan kepentingan tuan punya cap dagangan terkenal itu. (4) Alasan bangkangan yang disebut dalam perenggan (2)(c) hanya boleh ditimbulkan untuk membangkang pendaftaran suatu permohonan bagi pendaftaran cap dagangan yang dibuat pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Chapter 7 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next