My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 47

Trademarks Act 2019 s 47

s 47 Invalidation of registration by Court

(1) The registration of trademark may be declared invalid by the Court upon the application by an aggrieved person on the ground that the trademark was registered in breach of section 23. (2) Notwithstanding subsection (1), where the trademark was registered in breach of paragraph 23(1)(b), (c) or (d), it shall not be declared invalid if, the registration of trademark has acquired a distinctive character after its registration in consequence of its use in relation to the goods or services for which it is registered. (3) The registration of trademark may be declared invalid by the Court upon the application by an aggrieved person on the ground that— (a) there is an earlier trademark under subsection 24(1), (2) or (3); or (b) there is an earlier right under subsection 24(4). (4) The registration of trademark may not be declared invalid under subsection (3) if the proprietor of that earlier trademark or earlier right has consented to the registration. (5) Where a trademark has been registered on the ground that there has been an honest concurrent use of the trademark and the earlier trademark or other earlier right, as provided for by section 25, the registration of trademark may not be declared invalid under subsection (3) unless the Registrar or the Court is satisfied that in fact there had been no honest concurrent use of the trademark and the earlier trademark or other earlier right. (6) The registration of trademark may be declared invalid by the Court upon the application by an aggrieved person or the Registrar on the ground of fraud in the registration or that the registration was obtained by misrepresentation. (7) Where the ground of invalidity exists in respect of only some of the goods or services for which the trademark is registered, the trademark shall be declared invalid as regards those goods or services only. (8) Where the registration of trademark is declared invalid to any extent, the registration shall to that extent be deemed never to have been made, but this shall not affect transactions past and closed.

Malay text (authoritative)

Ketidaksahan pendaftaran oleh Mahkamah

(1) Pendaftaran cap dagangan boleh diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah atas permohonan oleh seseorang yang terkilan atas alasan bahawa cap dagangan itu didaftarkan dengan melanggar seksyen 23. (2) Walau apa pun subseksyen (1), jika cap dagangan itu didaftarkan dengan melanggar perenggan 23(1)(b), (c) atau (d), cap dagangan itu tidak boleh diisytiharkan tidak sah jika, pendaftaran suatu cap dagangan itu telah memperoleh ciri distingtif selepas pendaftarannya akibat daripada penggunaannya berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan yang baginya ia didaftarkan. (3) Pendaftaran cap dagangan boleh diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah atas permohonan oleh orang yang terkilan atas alasan bahawa— (a) terdapat cap dagangan terdahulu di bawah subseksyen 24(1), (2) atau (3); atau (b) terdapat hak terdahulu di bawah subseksyen 24(4). (4) Pendaftaran cap dagangan tidak boleh diisytiharkan tidak sah di bawah subseksyen (3) jika tuan punya cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu telah bersetuju dengan pendaftaran itu. (5) Jika suatu cap dagangan telah didaftarkan atas alasan bahawa terdapat penggunaan bersama yang jujur bagi cap dagangan itu dan cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu yang lain, sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 25, pendaftaran cap dagangan tidak boleh diisytiharkan tidak sah di bawah subseksyen (3) melainkan jika Pendaftar atau Mahkamah berpuas hati bahawa pada hakikatnya tiada penggunaan bersama yang jujur bagi cap dagangan itu dan cap dagangan terdahulu atau hak terdahulu yang lain. (6) Pendaftaran cap dagangan boleh diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah atas permohonan oleh seseorang yang terkilan atau Pendaftar atas alasan fraud dalam pendaftaran atau pendaftaran itu diperoleh dengan salah nyataan. (7) Jika alasan ketidaksahan wujud berkenaan dengan hanya beberapa barang-barang atau perkhidmatan yang baginya cap dagangan itu didaftarkan, cap dagangan itu hendaklah diisytiharkan tidak sah berkenaan dengan barang-barang atau perkhidmatan itu sahaja. (8) Jika pendaftaran cap dagangan diisytiharkan tidak sah sehingga apa-apa takat, pendaftaran pada takat itu hendaklah disifatkan tidak pernah dibuat, tetapi ini tidak menyentuh transaksi yang lalu dan yang telah ditutup.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next