(1) References to the use of a trademark shall be construed as references to the use of a printed or other visual or non-visual representation of the trademark.
(2) References to the use of a trademark in relation to goods shall be construed as reference to the use of the trademark upon, or in physical or other relation to, the goods.
(3) References to the use of a trademark in relation to services shall be construed as references to the use of the trademark as a statement or as part of a statement about the services.
(4) Any aural representation of a trademark shall be construed as references to the use of the trademark.
(5) Where a person has used a trademark with additions or alterations, the Registrar or the Court may decide that the person has used the trademark if it does not substantially affect the identity of the trademark as the Registrar or the Court thinks fit.
Malay text (authoritative)
Sebutan mengenai penggunaan cap dagangan
(1) Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu yang bercetak atau gambaran lain cap dagangan berdaftar itu yang boleh dilihat atau tidak boleh dilihat.
(2) Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan berhubung dengan barang-barang hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan pada, atau yang dihubungkan secara fizikal atau hubungan lain, dengan barang-barang itu.
(3) Sebutan mengenai penggunaan suatu cap dagangan berhubung dengan perkhidmatan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu sebagai suatu pernyataan atau sebagai sebahagian daripada suatu pernyataan tentang perkhidmatan itu.
(4) Apa-apa persembahan aural suatu cap dagangan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penggunaan cap dagangan itu.
(5) Jika seseorang telah menggunakan suatu cap dagangan dengan penambahan atau pengubahan, Pendaftar atau Mahkamah boleh memutuskan bahawa orang itu telah menggunakan cap dagangan itu jika ia tidak secara substansial menyentuh identiti cap dagangan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar atau Mahkamah.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).