My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 78

Trademarks Act 2019 s 78

s 78 National emblems, etc., of Convention countries under Article 6ter of Paris Convention

(1) A trademark which consists of or contains the flag of a Convention country shall not be registered without the authorization of the competent authorities of that country, unless it appears to the Registrar that the use of the flag in the manner proposed is permitted without such authorization. (2) A trademark which consists of or contains the armorial bearings or any other state emblem of a Convention country which is protected under the Paris Convention or the TRIPS Agreement shall not be registered without the authorization of the competent authorities of that country. (3) A trademark which consists of or contains an official sign or hallmark adopted by a Convention country and indicating control and warranty shall not, where the sign or hallmark is protected under the Paris Convention or the TRIPS Agreement, be registered of the same, or a similar kind, as those in relation to which it indicates control and warranty, without the authorization of the competent authorities of the country concerned. (4) References to national flags and other state emblems, and official signs or hallmarks under this section, apply equally to anything which from a heraldic point of view imitates any such flag or other emblem, or sign or hallmark. (5) Nothing in this section prevents the registration of trademark on the application of a national of a country who is authorized to make use of a state emblem, or official sign or hallmark, of that country, notwithstanding that it is similar to that of another country. (6) Where by virtue of this section, the authorization of the competent authorities of a Convention country is or would be required for the registration of trademark, those authorities are entitled to restrain by injunction any use of the trademark in Malaysia without their authorization.

Malay text (authoritative)

Lambang kebangsaan, dsb., bagi negara Konvensyen di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

(1) Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi bendera negara Konvensyen tidak boleh didaftarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara itu, melainkan jika ternyata kepada Pendaftar bahawa penggunaan bendera itu mengikut cara yang dicadangkan adalah dibenarkan tanpa kebenaran sedemikian. (2) Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi lambang kebangsawanan atau lambang mana-mana negara lain bagi negara Konvensyen yang dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau Perjanjian TRIPS tidak akan didaftarkan tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara itu. (3) Cap dagangan yang terdiri daripada atau mengandungi tanda atau cap kempa rasmi yang diterima pakai oleh negara Konvensyen dan menunjukkan kawalan dan waranti tidak boleh, jika tanda atau cap kempa itu dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau Perjanjian TRIPS, didaftarkan dengan sama, atau jenis yang hampir serupa, sebagai yang berhubung dengan yang menunjukkan kawalan dan waranti, tanpa kebenaran pihak berkuasa kompeten negara berkenaan. (4) Sebutan mengenai bendera negara dan lambang negara lain, dan tanda atau cap kempa rasmi di bawah seksyen ini, terpakai sama rata bagi apa-apa yang dari sudut pandangan heraldik meniru mana-mana bendera atau lambang itu, atau tanda atau cap kempa itu. (5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang menghalang pendaftaran cap dagangan atas permohonan seseorang warganegara suatu negara yang diberi kuasa untuk menggunakan lambang negara, atau tanda atau cap kempa rasmi negara itu, walaupun ia hampir serupa dengan yang di negara lain itu. (6) Jika menurut seksyen ini, kebenaran pihak berkuasa kompeten negara Konvensyen itu adalah atau akan dikehendaki untuk pendaftaran cap dagangan, pihak berkuasa itu berhak untuk menahan dengan injunksi apa-apa penggunaan cap dagangan di dalam Malaysia tanpa kebenaran mereka.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next