My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 80

Trademarks Act 2019 s 80

s 80 Notification under Article 6ter of the Paris Convention

(1) For the purposes of section 78, state emblems of a Convention country, other than the national flag, and official signs or hallmarks, shall be regarded as protected under the Paris Convention or the TRIPS Agreement only if, or to the extent that— (a) the country in question has notified Malaysia in accordance with Article 6ter(3) of the Paris Convention, or under that Article as applied by the TRIPS Agreement, that it desires to protect that emblem, sign or hallmark; (b) the notification remains in force; and (c) Malaysia has not objected to it in accordance with Article 6ter(4) of the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement, or any such objection has been withdrawn. (2) For the purposes of section 79, the armorial bearing, flag, emblems, abbreviations and names of an international intergovernmental organization shall be regarded as protected under the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement only if, or to the extent that— (a) the organization in question has notified Malaysia in accordance with Article 6ter(3) of the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement, that it desires to protect that armorial bearing, flag, emblem, abbreviation or name; (b) the notification remains in force; and (c) Malaysia has not objected to it in accordance with Article 6ter(4) of the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement, or any such objection has been withdrawn. (3) Notification under Article 6ter(3) of the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement, shall have effect only in relation to applications for registration of trademarks under subsection 17(2) made more than two months after the receipt of the notification. (4) The Registrar shall keep and make available for public inspection, at all reasonable hours and free of charge, a list of— (a) the state emblems and official signs or hallmarks; and (b) the armorial bearing, flag, emblems, abbreviations and names of international intergovernmental organizations, which are for the time being protected under the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement by notification made under Article 6ter(3) of the Paris Convention or under that Article as applied by the TRIPS Agreement.

Malay text (authoritative)

Pemberitahuan di bawah Perkara 6ter Konvensyen Paris

(1) Bagi maksud seksyen 78, lambang negara bagi negara Konvensyen, selain bendera negara, dan tanda atau cap kempa rasmi, hendaklah dikira sebagai dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau Perjanjian TRIPS hanya jika, atau setakat yang— (a) negara yang dipersoal itu telah memberitahu Malaysia mengikut Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris, atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, bahawa ia berhasrat untuk melindungi lambang, tanda atau cap kempa itu; (b) pemberitahuan itu masih berkuat kuasa; dan (c) Malaysia tidak membantah mengenainya mengikut Perkara 6ter(4) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, atau apa-apa bantahan itu telah ditarik balik. (2) Bagi maksud seksyen 79, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan dan nama organisasi antara kerajaan antarabangsa hendaklah dikira sebagai dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS hanya jika, atau setakat yang— (a) organisasi yang dipersoal telah memberitahu Malaysia mengikut Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, bahawa ia berhasrat untuk melindungi lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan atau nama itu; (b) pemberitahuan itu masih berkuat kuasa; dan (c) Malaysia tidak membantah mengenainya mengikut Perkara 6ter(4) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, atau apa-apa bantahan itu telah ditarik balik. (3) Pemberitahuan di bawah Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS, hendaklah berkuat kuasa hanya berhubung dengan permohonan untuk pendaftaran cap dagangan di bawah subseksyen 17(2) dibuat lebih daripada dua bulan selepas penerimaan pemberitahuan. (4) Pendaftar hendaklah menyimpan dan menyediakan kepada orang awam bagi pemeriksaan, pada setiap masa yang munasabah dan dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran, suatu senarai— (a) lambang negara dan tanda atau cap kempa rasmi; dan (b) lambang kebangsawanan, bendera, lambang, singkatan dan nama organisasi antara kerajaan antarabangsa, yang pada masa ini dilindungi di bawah Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS melalui pemberitahuan yang dibuat di bawah Perkara 6ter(3) Konvensyen Paris atau di bawah Perkara itu sebagaimana yang terpakai oleh Perjanjian TRIPS.

Read this section in the full act → · Open Chapter 2 →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next