My bookmarksSign up free
← Trademarks Act 2019

Trademarks Act 2019 s 82

Trademarks Act 2019 s 82

s 82 Restriction on importation of infringing goods

(1) Any person may file an application to the Registrar stating— (a) that he is the registered proprietor, or the licensee having the power to file such application; (b) that, at a time and place specified in the application, goods which, in relation to the registered trademark, are infringing goods are expected to be imported for the purpose of trade; and (c) that he objects to such importation. (2) An application under subsection (1) shall be supported by the documents and information as determined by the Registrar relating to the goods as to enable them to be identified by the authorized officer, and together with the payment of the prescribed fee. (3) Upon receipt of the application under subsection (1), the Registrar shall determine the application, and the Registrar shall within a reasonable period inform the applicant whether the application has been approved. (4) In determining the reasonable period under subsection (3), the Registrar shall take into consideration all relevant circumstances of the case. (5) An approval under subsection (3) shall remain in force until the end of the period of sixty days commencing on the day on which the approval was given, unless it is withdrawn before the end of that period by the applicant by giving a notice in writing to the Registrar. (6) Where an approval has been given under this section and has not lapsed or been withdrawn, the importation of any infringing goods into Malaysia for the duration of the period specified in the approval shall be prohibited. (7) Upon giving his approval under subsection (3) the Registrar shall immediately take the necessary measures to notify the authorized officer. (8) Where an authorized officer has been notified by the Registrar under subsection (7), the authorized officer shall take the necessary action to prohibit any person from importing the infringing goods identified in the notice, not being goods in transit, and shall seize and detain the identified goods.

Malay text (authoritative)

Sekatan ke atas pengimportan barang-barang yang melanggar

(1) Mana-mana orang boleh memfailkan suatu permohonan kepada Pendaftar dengan menyatakan— (a) bahawa dia ialah tuan punya berdaftar itu, atau pemegang lesen itu mempunyai kuasa untuk mengemukakan permohonan itu; (b) bahawa, pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam permohonan itu, barang-barang yang, berhubung dengan cap dagangan berdaftar itu, merupakan barang-barang yang melanggar dijangka akan diimport bagi maksud perdagangan; dan (c) bahawa dia membantah pengimportan itu. (2) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disokong oleh dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar yang berhubungan dengan barang-barang itu untuk membolehkan barang-barang itu dikenal pasti oleh pegawai diberi kuasa, dan bersama-sama dengan pembayaran fi yang ditetapkan. (3) Selepas menerima permohonan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah menentukan permohonan itu, dan Pendaftar hendaklah dalam tempoh yang munasabah memaklumkan pemohon sama ada permohonan itu telah diluluskan. (4) Dalam menentukan tempoh yang munasabah di bawah subseksyen (3), Pendaftar hendaklah mengambil kira semua hal keadaan yang berkaitan bagi kes itu. (5) Suatu kelulusan di bawah subseksyen (3) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga akhir tempoh enam puluh hari mulai hari kelulusan itu diberikan, melainkan jika kelulusan itu ditarik balik sebelum berakhirnya tempoh itu oleh pemohon dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pendaftar. (6) Jika suatu kelulusan telah diberikan di bawah seksyen ini dan belum luput atau ditarik balik, pengimportan apa-apa barang-barang yang melanggar ke dalam Malaysia bagi jangka masa yang dinyatakan dalam kelulusan itu adalah dilarang. (7) Apabila memberikan kelulusannya di bawah subseksyen (3) Pendaftar hendaklah dengan serta-merta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memberitahu pegawai diberi kuasa. (8) Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah diberitahu oleh Pendaftar di bawah subseksyen (7), pegawai diberi kuasa hendaklah mengambil tindakan yang perlu untuk melarang mana-mana orang daripada mengimport barang-barang yang melanggar yang dikenal pasti dalam notis itu, yang bukan barang-barang dalam perjalanan, dan hendaklah menyita dan menahan barang-barang yang dikenal pasti itu.

Read this section in the full act → · Open Part XIII →

Find Act 815 on lom.agc.gov.my ↗

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next